Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Tuesday, 7 May 2019

Antara Kerjaya & Keluarga (πŸ‘©πŸ»‍πŸ’Ό vs πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦)


Hi korang besar kan title tu. Actually aini tertarik dengan topik ni lepas tengok short video Galeri Ariani Title: Mama Millennial (Antara Keluarga & Kerjaya)

Kalau tanya aini memang kalau boleh aini nak both. Jadi wanita berkerjaya dan dalam masa yang sama boleh uruskan family & anak2.

Kadang orang tanya.

1.Tak susah ke nak bahagikan masa?
2.Tak penat ke pergi kerja, lepas tu balik uruskan family pulak?
3.Kadang overtime smpai malam/weekend ada ke family time?
4.U kerja, husband kerja, anak2 macam mana?
5.Gaji husband tak cukup ke smpai kene kerja?
6.Dan banyak lagi......... 🀦‍♀️

Since aini graduate πŸ‘©‍πŸŽ“ sampai la end of last year 2018 (+-10years) aini was career women πŸ‘©πŸ»‍πŸ’Ό. Kerjaya tu da macam part of my life. Walaupun kadang penat stress kat tempat kerja, at end of the month bila dapat gaji, best nyer sebab ko boleh self-reward πŸ˜‹. Tak masuk lagi rakan-sekerja yang kepala gila-gila macam kau, silap2 kau buat office tu macam kau yang punya hahahaha 🀣
  
Sebelum kahwin yes everything is ok. But once you get married πŸ€΅πŸ‘° & have kids  πŸ‘ΆπŸΌπŸ‘§πŸ» banyak benda kena fikir. Tanggungjawab kat family become no.1.

Bertuah dapat pasangan yang ringan tulang tolong urus rumah 🏠 , anak2 πŸ‘ΆπŸΌπŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ», family everything. Both kerja pun still boleh tolong each other settle kan hal2 family.

Untuk pasangan PJJ with husband macam aini ni πŸ’‘, dalam setahun kitaorang jumpa 2-3 bulan je. Tu pun kalau nasib baik, kadang tu 1bulan +- je 😭. So family matter memang aini kene settle kan sendiri (bli brg dapur, keperluan anak, bawa anak pegi klinik, pegi bayar bill, bawa kereta breakdown pegi workshop, macam-macam lagi la).

Aini memang RESPECT ✊🏻 wanita yang boleh handle career & family at the same time. Yes I mengaku kadang tu I tak kuat noksss 😭

So start this year aini perlu sacrifices kerjaya demi family. Settle down hal rumah, urus anak school & everything.

Bila tak berkerja ni pulak geng-bawang mula la ber gossip.

1.Eh da tak kerja ke kenapa berhenti?
2.Sayang nye dah lama kerja tapi berhenti.
3.Jawatan da tinggi gaji da banyak tak rugi ke? (hmmm byk la sgtttt πŸ™„, economy sekarang semua pun mahal)
4.Habis tu duk rumah buat ape je? makan tido?
5.Kesian kat suami kene tanggung sorang2
6.Suami kerja cari duit, anak isteri perabis
7.And banyak lagi la... 😀

Haish la netizen2 sekalian, bila pasangan suami isteri dua2 kerja, korang mengata kesian kat anak2, takda family time. Bila isteri tak kerja korang mengata jugak duk rumah perabis duit suami. Tak faham la korang ni 🀷🏻‍♀️

Pendapat aini simple je, kalau both nak kerja, masing2 tolong each other buat kerja rumah,  uruskan anak2 & family 1st takda masalah.

Kalau suami terpaksa kerja sorang pun, isteri kat rumah tu bukan makan tidur je. Uruskan rumah jugak, masak makan, basuh kain, kemas rumah, jaga anak semua.



Bonus la dapat isteri yang full time housewife tapi pandai cari side income, macam menjahit, business online, tutor macam2 la. Sambil urus family dapat jugak income kan.



So in the meantime career aini yang last tu, FULL TIME HOUSEWIFE & BAKER πŸ‘©‍🍳. Ni je yang I mampu buat nak ambil upah menjahit iollss tak reti jahit 🀭.




InshaAllah once everything settle down, anak pun dah boleh uruskan diri sendiri, dapat kerja baru yang boleh compromise family comes first, aini akan kerja balik πŸ‘©πŸ»‍πŸ’Ό. Korang doakan urusan aini di permudahkan tau. Aamiin.



Sorry la korang entry blog aini kali ni panjang pulak aini membebel. Maklumla dah lama tak update blog πŸ˜…



Sekian, selamat berpuasa dari Aini sekeluarga a.k.a (Career Women, Bakers, Wifey, Mama Anas, Daughter πŸ§•πŸ»)

Sunday, 18 March 2018

Farm In The City (Seri Kembangan Selangor)


Hye mommies & daddy's, 
cuti sekolah or weekend bawak anak-anak g mana jer? aini nak share tempat best

Location:
Farm In The City (Seri Kembangan Selangor)  
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Operating Hour:
Weekdays: 10 pagi - 6 petang
Weekend: 9.30 pagi - 6 petang
Closed: Selasa (Kecuali PH & School Holiday)

Ticket:
Remarks: Price effective from 1/2/2018 onwards

Concept:
Petting Zoo -  Kanak-kanak boleh bagi makan, sentuh & berinteraksi dengan haiwan dalam jarak dekat. Kat sini ada lebih daripada 100 spesies haiwan yang dibahagikan mengikut section. Antaranya taman kura-kura & penyu, taman burung, rusa, kolam ikan, itik dan angsa dan lain-lain.


Selain dari belajar pasal haiwan, ni few activity yang boleh buat kat sini;

1. Feeding: bagi makan penyu, arnab, burung, ikan dsb.

2. Fishing: boleh tangkap ikan.

3. Ride Poney: anak-anak boleh naik kuda

4. Parrot show: boleh tengok persembahan burung kakak tua










 Aini da try bawak anas kat sini, dia excited. 
so mommy daddy bole try bawak anak masing-masing k.


Saturday, 16 September 2017

Resepi : Hainanese Chicken Rice & Pak Choi with Oyster Sauce


BAHAN BAHAN
1 ekor ayam (basuh dengan garam)
2'' halia (hiris)
1 kiub ayam
1 sudu kecil minyak bijan

UNTUK NASI
2 cawan beras (basuh & toskan)
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar chicken fat
3 ulas bawang putih (cincang)
1'' halia (cincang)
1 kiub ayam
2 sudu butter
Daun pandan

UNTUK SOS CILI
4 biji cili merah
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1'' halia
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
sedikit garam

UNTUK SOS AYAM
5 sudu besar kicap cair
3 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
1 1/2 sudu besar gula

UNTUK SAYUR PAK CHOI
Sayur Pak Choi (basuh)
3 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan


CARA CARA:

UNTUK AYAM
1. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam.
2. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak.
3. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit
4. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak
5. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya
6. Keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak bijan
7. Potong ayam untuk dihidangkan.

UNTUK NASI
1. Panaskan 2 sudu besar butter
2. Tumiskan lemak ayam, bawang putih & halia sehingga wangi.
3. Masukkan beras, minyak bijan & kiub ayam.
4. Masukkan air rebusan ayam & daun pandan, masak nasi macam biasa

UNTUK SAYUR PAK CHOI
1. Celur sayur pak choi dalam air rebusan ayam
2. Angkat & toskan
3. Gaul bersama sos tiram & minyak bijan

UNTUK SOS CILI
Kisar semua bahan sehingga halus

UNTUK SOS AYAM
Satukan semua bahan gaul sebati

UNTUK SUP
Panaskan sup dan masukkan daun sup daun bawang sebagai hiasan

Tuesday, 28 March 2017

Parenthood Journey: Baby Demam Campak

Salam.

21 Mac 2017 (Selasa),  Anas 9 bulan 28 hari. First time anas kene demam campak. Cian lagi 2 hari nak masuk 10 bulan demam pulak.

Actually badan Anas da start panas 2-3 hari sebelum tu. Bila aini bagi ubat & tuam kurang la ckit suhu dia dalam 37-38 camtu. Tapi suhu dia turun naik & anas tak berapa nak makan @ minum susu botol. Breast feeding jer jalan. Badan pun adr macam bintik2 merah. Kteorang bawak g klinik doc cakap anas kene demam campak.

Tanda-tanda demam campak:
1. Demam
2. Batuk
3. Sakit mata (berair & merah2)
4. Kurang selera makan & menyusu
5. Timbul bintik merah (macam ruam) pada muka, leher, badan & kaki

Rawatan demam campak:
1. Letak daun semambu dalam rumah & atas tempat tidur kemudian alas

2. Mandikan baby (lap badan) dgn air daun semambu 
   (note: air suam & bukan berendam yer)

3. Bagi baby minum air kelapa muda (2oz, 2x sehari)

4. Sentiasa susukan baby (elak dihiderasi)

5. Pakaikan baby pakaian nipis

6. Sapu lotion celamine yg doc bagi kat seluruh badan (elak garu gatal)

7. Make sure anak makan & habiskan antibiotic yg doc bagi

8. Jangan bagi anak kene hujan @ percikan minyak masak (org tua ckp nant parut)

Dari 1st day sabtu (18/3/17) anas demam. 3rd day isnin malam (20/3/17) badan anas timbul bintik merah. Then day 7 (24/3/17) suhu badan back to normal & bintik merah kurang. Then day 9, ahad (26/3/17) bintik merah hilang tinggal ckit2 bekas jer. Almost 10 days la jugak. Huhuhu

It’s ok la anak, nak besar memang gitu, one of your life experiences. Anas kan kuat ;)

#AyatMamaPujukAnas



Sunday, 5 March 2017

Parenthood Journey: Majlis Aqiqah Syed Anas Faris

Salam dear web diary. Arini aini nak share pasal preparation majlis aqiqah & cukur jambul our first baby boy Syed Anas Faris. Majlis nie kteorang memang plan lepas hubby aini balik next cuti. Mase ni anas da masuk 8 bulan da pun.

So ni kteorang punye checklist:

1. Kambing (2 ekor)
Ok baby boy 2 ekor kambing yer. Kambing ni mertua aini yang carikan. Kebetulan adik kawan dia memang ternak kambing. Kteorang dapat la murah sket RM1200/seekor siap grill (+ black paper sauce + coleslaw + mashed potato). Dua-dua kteorang decide bakar sebab permintaan tinggi :P

2. Katering (150 pax)
Yang ni mak aini yang carikan. Kebetulan kawan dia ade kedai makan & masak untuk small event. Settle masalah menu lunch 150 pax + peralatan catering + kerusi meja + sarung.

3. Doorgift (150 pax)
Doorgift nie aini ngan hubby pack sendiri. Tak banyak pun so bole la siapkan weekend before event tu. Kteorang beli paper bag kat kedai bunga pandan jaya (RM5.50/pack), tempah muffin kat kedai kek, beli air kotak kat aeon big (RM12/box mase promotion cny), beli face towel kt mydin pastu packing. Cuma nak menggulung towel iolss tak berapa kreatif sgt :)

4. Marhaban (20 pax)
Kumpulan marhaban, berzanji ni group mak aini. So memang takda masalah la inform jer date dorang siap practice.

5. Mini pelamin a.k.a photobooth
Ok disebabkan anas da 8 bulan, so sangat la tak praktikal kalu kteorang letak buaian berendoi, anas da tak boleh duduk diam. So kteorang decide diy jer guna gamba anas (canvas photo RM25/satu) pstu beli paper ball dekat kaison (RM2.90/satu). Nama print kat ofis, clip dengan string beli kat diy (RM4.90/pack) Carpet dengan langsir tu bawak dari umah. Total dalam RM100. hehehe jimat kan

6. Bunga telur
Yang ni mertua aini beli yang da siap tu pastu rebus telur isi jer. Simple jer nak letak kat pelamin untuk kumpulan marhaban

7. Baju Melayu Anas
Baju anas ni susahnyer la hai nak cari. End up jumpa jgk kat jakel baju melayu upin ipin (RM69/sepasang free butang baju melayu + sampin). Tu pun last minute aini jahit tangan alter kecikkan sket

8. Sewa dewan
Sebabkan kawasan umah mak aini ade dewan kecik yang boleh muat 100 pax so kteorang decide sewa dewan instead of pasang khemah kat umah. Senang ujan pun tak basah, umah pun tak yah kemas ;).

9. Kad jemputan
Yang ni aini download jer clipart dari google pastu edit sket. Siap what’s app kat jemputan. Takda print pun jimat kan. hehehe

10. Peralatan Cukur Jambul
Yang ni aini beli gunting kecik kat diy (RM2.90/satu), petik daun pandan depan umah, beli bunga campur kat pasar (RM1/plate) pakai tray sushi hadiah kawen siap.. 
- 1 plate air + daun pandan utk renjis
- 1 plate bunga rampai
- 1 plate utk rambut anas yg kene gunting
- pastu gunting yg da ikat ribbon 

So tu smua checklist aini. Kteorang pakai konsep reused & diy so jimat la sket. Ok la tak nak cter panjang lebar korang layan gamba mase aqiqah Syed Anas Faris nie k. 

Terima kasih dari kteorang sekeluarga maaf kalu adr yang kurang. Insha Allah adik anas nant aini jemput lagi πŸ˜„πŸ˜„



Wednesday, 1 March 2017

Parenthood Journey : Baby Food Oats

Hi my dear web diary..

Arini nak share resepi baby anas yang lain pulak. sebabkan anas da 8 bulan ++ , aini try bagi anas oats.

Bahan
1/4 cawan organic rolled oats (rendam semalaman)
1 cawan air suam
3 biji kurma (buang kulit)
7 biji kismis

Cara
1. Buang biji kurma & kismis
2. Rendam oats, kurma & kismis semalaman 
3. Masak oats, kurma & kismis yang direndam dengan sedikit air sampai lembut
4. Sejukkan & blend. Siap untuk baby makan :)

Sunday, 5 February 2017

Pizza Recipe

Hye my dear web diary.

Arini aini nak share 1 tempat makan best. Restaurant Pizza Recipe (fb:Pizza Recipe) Dia buffet style pizza restaurant.

Location
No. 7&9 Lorong Tiara 1A Bandar Baru Klang, Klang (Landmark; Tak jauh dr aeon bkt raja;
Klu dr federal highway lepas tol klang susur kiri u-turn then exit kiri)

Business Hour
Isnin-Jumaat : 5.00ptg - 11.00mlm
Sabtu- Ahad : 12.00tghari-11.00mlm

Harga (10% off sbb check-in fb) πŸ˜‰πŸ˜‰
Dewasa: RM 34.90
Kanak: RM 18.70

Menu
1. Main menu is mini pizza (20 varieties of topping)
2. Spaggethi (Bolognese & Carbonara)
3. Mushroom soup
4. Waffle & Ice Cream
5. Salad & fruits
6. Pastry (mini tart)
7. Chicken wing & potato wedges

Yang best nye kat sini korang boleh diy resepi pizza ikot taste korang sendiri. Agak2 nak crab lebih ke? Olive lebih ke? Cheese lebih ke smua bole. hahaha

Pizza topping sauce dia akan bg 2 jenis
Tomato
Bbq

Aini malas nk citer panjang korang layan gamba nie k. Nant g try sndri