Sunday, 30 October 2016

Resepi : Puding Jagung Kastard

Salam hujung minggu. Arini aini nak share resepi simple & sedap. One of my favourite kueh ;)

Bahan
1 cawan Jagung manis
1 cawan Tepung kastard
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula halus

Cara

1. Satukan ke semua bahan dalam periuk.
2. Kacau rata & pastikan Tepung tidak berketul.
3. Masak atas api yg sederhana sampai pekat.
4. Tuangkan dalam bekas loyang & sejuk kan.
5. Siap ^_^

~ selamat mencuba..bye..



Sunday, 23 October 2016

Parenthood Journey : First Solid Food For Baby Anas

Assalamualaikum w.b.t dear diary. Alhamdulillah hari nie 23rd Oct 2016 Anas turns 5 months. Hero mama dah makin besar & next month Anas dah 6 months old dah boleh makan solid food.

So mama da dah kene start reading & learning nak introduce solid food yang mana untuk Anas.

Best first food untuk Anas is buah-buahan & sayur-sayuran. Tapi bukan semua jenis buah or sayur baby bole makan, kene mula dari jenis yang mudah hadam dulu.

Cara penyediaan pun senang jer; 


Buah : Buang kulit/ biji, bersihkan & blend dengan susu/ air masak


Sayur : Bersihkan, potong kecik2, rebus/ kukus, tapis & blend dengan susu/ air masak

Tapi sebelum prepare makanan untuk baby kene make sure all the needed tools & utensils ade kan. Takkan uolls nak guna same blender yg blend cili hari-hari tu untuk prepare makanan baby. 

So aini dah listed most important things yang kene ada:

1. Pisau sayur & buah
2. Periuk kecil untuk rebus
3. Food Steamer
4. Blender
5. Utensils (spoon, plate, bowl)
6. Tupperware  (simpan frozen)
Simple jer kan. Ok la nant bila anas dah start makan aini update menu & resepi nye pulak k. 

- Bye -

Saturday, 22 October 2016

Parenthood Journey : Baby Spa for Anas

Hai dear diary,

Sebelum preggy dulu selalu nampak orang share pasal baby spa nie. Terfikir jugak bila ada anak nanti nak bawak dia try. So since anas dah 4 months old, aini bawak anas pergi baby spa. kelassss ko nak kecik2 lagi dah ber"spa" bagai. Aini pun check pakej & details kat website Hipopo Baby Spa. Diorang tengah celebrate 3rd anniversary for this month of october, so apelagi promotion kan grab jela. :)

For this month Hipopo ade anniversary promotion
Kebaikan terapi spa nie:
1. Improve baby sleep (Baby tido lebih lena sebab penat swimming..zzzz)
2. Improve baby health & growth (Bila da massage so digestion baby pun jd lebih baik minum susu pun berselera jer. berat pun bertambah kan. hahaha)
3. Reduce crying & emotional strees (Kat sini baby-friendly environment & decoration baby boleh play toys, dengar nursery rhythm, tengok cartoon)
Anas happy dapat swimming kemain rilex jer dia
Things to know:
1. Pakej include swimming + massage (1 hour)
2. Swim diaper, floats & massage oil diorang sediakan
3. Minimum age (minimum weight 4.5kg until 3yrs old)
4. Baby no injection for past 3days
5. Baby sihat (no fever, flu or cough)
6. Baby had enough sleep before session (pilih time baby jaga ok kang nangis budak tu) 
7. Baby feed before session (bagi baby kenyang tak la dia meragam lapar)
8. Parents mesti booking (tak boleh walk-in sebab limit no of baby per session)
9. Be present atleast 30min before session start
Massage time ^_^
Ok la anas pun happy & tired dah nie nant anas datang lagi. Bye 



Thursday, 20 October 2016

Parenthood Journey : Milk Booster

Hye my dear diary. Semalam scroll gambar2 dalam handphone ternampak pulak gambar milk booster. So arini aini nak share pasal milk booster. Since pregnant lagi da berazam nak breastfeed baby smpai umur 2 tahun. Siap belajar cara breastfeeding yg betul and beli breastpump nk support breastfeeding nyer pasal.

Tapi discharge je dari hospital semalaman anas nangis je. Dah tuka pampers, tuka baju, sapu minyak, bg susu pun anas nangis lg. Siap bwk g klinik tp doc ckp "everything looks normal & he sucking also takde problem".

Balik umah pump rupenye susu tak ada. Sedey memang rase down giler mase nie. Support from family & hubby aini amik milk booster. Menu pantang aini memang oat, milo, horlicks, kurma, ulam pegaga  & air suam. Nie la aini ulang makan ari2 sampai abis pantang sebab hubby beli stock banyak kot & Alhamdulillah susu makin bertambah.

Besides aini try jugak milk booster yg lain. Mcm choco-drinks dari lunatos. Yang nie cousin yg bg dia recommend so far ok la not bad & lunatos adr jugak makanan lain mcm choco-dates, choco-bar & cookies. Cousin aini siap bg jadual makan & pump. Thanks a lot cousie mmuuaahhh.

Mom-more-milk pun ader lactation cookies. Yang nie aini terpengaruh sebab rase sample cookies dia yg sedap mase baby expo. Serious sedap wei. All time favourite is oat & hersyes cookies (sampai aini repeat order kot)... hahahaha

Skrg nie da start keje my workstation pun adr stock jugak. Walaupun susu tak melimpah ruah meriah mcm org lain tapi cukup la buat tambahan untuk anas. Next baby aini ingat nk amek milk booster since pregnant bole kot kan (eh..eh.. mama da plan adik anas la ;p)

Monday, 17 October 2016

Info : Tukar Nama Geran Kereta (Pindah Milik)

Hai. lame kan aini tak update bz uolss sejak da kawen ada anak kecik nie.

Tapi aini nak share jugak kat online diary nie cara tukar nama geran kereta ataupun pindah milik. Biasanya nak tukar nama pindah milik nie bila kita beli kereta secondhand cash dari penjual.

Step 1: PUSPAKOM Inspection
Owner/Pembeli/Wakil kena pergi ke puspakom yang terdekat dulu untuk buat inspection. Nak senang call centre tu buat "booking" sebab kalau tak kene Q panjang.

Apa yang perlu bawak masa nak buat inspection nie ialah “Geran Kereta Original”. Photocopy tak boleh tau and of course kereta yang nak pindah milik tula. hehehehe

Mcm aini aritu pergi Puspakom Wangsa Maju. 2 hari sebelum tu dah booking & dapat booking no. Sampai kat situ korang kene pegi 1st section (Puspakom Wangsa Maju: Kaunter A/B) bagi booking no. & geran kereta pastu isi borang “PENGAKUAN PELEPASAN TANGGUNGAN”.
Lepas traffic warden puspakom cop & sign form tu, drive kereta korang ke 2nd section (Puspakom Wangsa Maju: Kaunter 3) kat sini korang bayar charge inspection RM30.00 + RM1.80 (gst) = RM31.80.

Next pergi 3rd section (Puspakom Wangsa Maju: Lorong Ringan). Sampai situ technician akan ambil alih kereta korang. Dia akan buat inspection & dah settle semua collect kereta korang kat ruang menunggu hujung lorong pastu parking jup.

Last pergi 4th section bilik menunggu tu amek result inspection & geran kereta korang tu.

~Est. time =1.5 - 2 hrs kalau kereta tak banyak.
~Valid       = 1 bulan

Step 2: Beli Insurans Owner Baru (Nama Pembeli)
Dah lulus puspakom, pergi beli insurans kereta nama owner baru. Nie senang sebab ada banyak agent insurans kat situ pilih je. Insurans baru yang kita beli tu akan kembali jadi 0% NCD tau. Mahal lah sikit insurans nya RM800++ (ikut jenis kereta).

Step 3: Pergi JPJ Thumbprint
Yang nie owner & pembeli dua-dua perlu pegi jpj. Bawa geran original, insurans baru, IC (owner & pembeli), isi borang tukar milik (JPJ K3) pastu owner & pembeli sign. Sampai kaunter JPJ owner & pembeli bagi IC buat thumbprint then bayar RM100 (tukar nama) + RM70 (Roadtax) = RM170. Settle dapat geran & roadtax baru.
Senang je kan sebenar nye aini pun bole buat takkan korang x bole. kalau susah sgt nk aini jd runner meh pm. tp aini charges runner fee la. hahahaha 

So untuk reference korang nie I bagi link;

So untuk budget (My Expenses);
1. Puspakom Inspection = RM  31.80 (Ikut Jenis Kenderaan)
2. Insurance Kereta      = RM 800.00 (Ikut Jenis Kenderaan)
3. Tukar Nama            = RM 100.00
4. Road Tax (1 Tahun)  = RM  70.00