Wednesday, 12 August 2015

Resepi: Chocolate Chip Cookies

Morning my dear diary & readers. Hari ni aini nak share resepi cookies sedap. Hubby request mase dia balik cuti aritu dia cakap rasa cookies ni famous amos. Kalau baked memang tak sempat penuh balang mesti anak sedara aini makan dulu. sedap katanye :)

Bahan:
½ cup butter / margarine
½ cup gula perang
½ cup gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanila

1 ¼ cup tepung serbaguna
1 tsp tepung jagung
½ tsp baking soda
½ tsp garam
1 ½ cup chocolate chip
Cara:
1. Pukul mentega bersama gula perang & gula halus
2. Masukkan telur & esen vanila, pukul hingga sebati
3. Dalam mangkuk yg berasingan ayakkan tepung, baking soda & garam
4. Masukkan tepung ke dalam campuran mentega & kacau sebati
5. Tambah chocolate chip & kacau hingga rata
6. Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam
7. Gunakan sudu kecil untuk membentuk adunan menjadi bola
8. Letakkan dalam dulang pembakar (Nota: jarakkan 3inci antara cookies)
9. Bakar selama 15-20 minit suhu 160° c 



Sunday, 9 August 2015

Resepi : Apam Polkadot

Salam korang.. arini aini nak share simple desert yang comel. Nak buat minum petang ke nak buat desert birthday party pun bole sebab budak suke.
Bahan Apam Polkadot:
275gm Tepung Gandum
200gm Gula Halus
150gm Susu Segar
3biji Telur (Dari peti sejuk)
3sb Baking Powder
1sk Ovalette
Pewarna
Filing Blueberry (Nak letak chocolate pun bole jer)

Cara:

1. Mix kan telur, susu & gula
2. Masukkan tepung, baking powder & ovalette
3. Mix sampai adunan sebati & bahagi kepada 2
4. Titiskan pewarna dalam adunan tadi & masukan piping bag
5. Tuangkan adunan tepung dalam paper cup, masukkan filing & tuangkan tepung.
6. Corak kan apam bentuk polkadot & kukus 10-15min

Note: 

1. Masukkan paper cup dalam acuan lompang atau acuan supaya apam naik bulat 
2. Balut tutup pengukus dengan kain lampin bersih untuk elakkan air wap menitis atas apam
Bahan Blueberry Filing:
1 mangkuk blueberry
3sb gula halus
1/2 cawan air

Cara:

1. Basuh bersih buah blueberry
2. Satukan blueberry, gula & air dalam periuk
3. Masak sehingga blueberry pekat macam jem
4. Da siap tutup api & biar sejuk.