Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Tuesday 28 March 2017

Parenthood Journey: Baby Demam Campak

Salam.

21 Mac 2017 (Selasa),  Anas 9 bulan 28 hari. First time anas kene demam campak. Cian lagi 2 hari nak masuk 10 bulan demam pulak.

Actually badan Anas da start panas 2-3 hari sebelum tu. Bila aini bagi ubat & tuam kurang la ckit suhu dia dalam 37-38 camtu. Tapi suhu dia turun naik & anas tak berapa nak makan @ minum susu botol. Breast feeding jer jalan. Badan pun adr macam bintik2 merah. Kteorang bawak g klinik doc cakap anas kene demam campak.

Tanda-tanda demam campak:
1. Demam
2. Batuk
3. Sakit mata (berair & merah2)
4. Kurang selera makan & menyusu
5. Timbul bintik merah (macam ruam) pada muka, leher, badan & kaki

Rawatan demam campak:
1. Letak daun semambu dalam rumah & atas tempat tidur kemudian alas

2. Mandikan baby (lap badan) dgn air daun semambu 
   (note: air suam & bukan berendam yer)

3. Bagi baby minum air kelapa muda (2oz, 2x sehari)

4. Sentiasa susukan baby (elak dihiderasi)

5. Pakaikan baby pakaian nipis

6. Sapu lotion celamine yg doc bagi kat seluruh badan (elak garu gatal)

7. Make sure anak makan & habiskan antibiotic yg doc bagi

8. Jangan bagi anak kene hujan @ percikan minyak masak (org tua ckp nant parut)

Dari 1st day sabtu (18/3/17) anas demam. 3rd day isnin malam (20/3/17) badan anas timbul bintik merah. Then day 7 (24/3/17) suhu badan back to normal & bintik merah kurang. Then day 9, ahad (26/3/17) bintik merah hilang tinggal ckit2 bekas jer. Almost 10 days la jugak. Huhuhu

It’s ok la anak, nak besar memang gitu, one of your life experiences. Anas kan kuat ;)

#AyatMamaPujukAnas



Sunday 5 March 2017

Parenthood Journey: Majlis Aqiqah Syed Anas Faris

Salam dear web diary. Arini aini nak share pasal preparation majlis aqiqah & cukur jambul our first baby boy Syed Anas Faris. Majlis nie kteorang memang plan lepas hubby aini balik next cuti. Mase ni anas da masuk 8 bulan da pun.

So ni kteorang punye checklist:

1. Kambing (2 ekor)
Ok baby boy 2 ekor kambing yer. Kambing ni mertua aini yang carikan. Kebetulan adik kawan dia memang ternak kambing. Kteorang dapat la murah sket RM1200/seekor siap grill (+ black paper sauce + coleslaw + mashed potato). Dua-dua kteorang decide bakar sebab permintaan tinggi :P

2. Katering (150 pax)
Yang ni mak aini yang carikan. Kebetulan kawan dia ade kedai makan & masak untuk small event. Settle masalah menu lunch 150 pax + peralatan catering + kerusi meja + sarung.

3. Doorgift (150 pax)
Doorgift nie aini ngan hubby pack sendiri. Tak banyak pun so bole la siapkan weekend before event tu. Kteorang beli paper bag kat kedai bunga pandan jaya (RM5.50/pack), tempah muffin kat kedai kek, beli air kotak kat aeon big (RM12/box mase promotion cny), beli face towel kt mydin pastu packing. Cuma nak menggulung towel iolss tak berapa kreatif sgt :)

4. Marhaban (20 pax)
Kumpulan marhaban, berzanji ni group mak aini. So memang takda masalah la inform jer date dorang siap practice.

5. Mini pelamin a.k.a photobooth
Ok disebabkan anas da 8 bulan, so sangat la tak praktikal kalu kteorang letak buaian berendoi, anas da tak boleh duduk diam. So kteorang decide diy jer guna gamba anas (canvas photo RM25/satu) pstu beli paper ball dekat kaison (RM2.90/satu). Nama print kat ofis, clip dengan string beli kat diy (RM4.90/pack) Carpet dengan langsir tu bawak dari umah. Total dalam RM100. hehehe jimat kan

6. Bunga telur
Yang ni mertua aini beli yang da siap tu pastu rebus telur isi jer. Simple jer nak letak kat pelamin untuk kumpulan marhaban

7. Baju Melayu Anas
Baju anas ni susahnyer la hai nak cari. End up jumpa jgk kat jakel baju melayu upin ipin (RM69/sepasang free butang baju melayu + sampin). Tu pun last minute aini jahit tangan alter kecikkan sket

8. Sewa dewan
Sebabkan kawasan umah mak aini ade dewan kecik yang boleh muat 100 pax so kteorang decide sewa dewan instead of pasang khemah kat umah. Senang ujan pun tak basah, umah pun tak yah kemas ;).

9. Kad jemputan
Yang ni aini download jer clipart dari google pastu edit sket. Siap what’s app kat jemputan. Takda print pun jimat kan. hehehe

10. Peralatan Cukur Jambul
Yang ni aini beli gunting kecik kat diy (RM2.90/satu), petik daun pandan depan umah, beli bunga campur kat pasar (RM1/plate) pakai tray sushi hadiah kawen siap.. 
- 1 plate air + daun pandan utk renjis
- 1 plate bunga rampai
- 1 plate utk rambut anas yg kene gunting
- pastu gunting yg da ikat ribbon 

So tu smua checklist aini. Kteorang pakai konsep reused & diy so jimat la sket. Ok la tak nak cter panjang lebar korang layan gamba mase aqiqah Syed Anas Faris nie k. 

Terima kasih dari kteorang sekeluarga maaf kalu adr yang kurang. Insha Allah adik anas nant aini jemput lagi 😄😄



Wednesday 1 March 2017

Parenthood Journey : Baby Food Oats

Hi my dear web diary..

Arini nak share resepi baby anas yang lain pulak. sebabkan anas da 8 bulan ++ , aini try bagi anas oats.

Bahan
1/4 cawan organic rolled oats (rendam semalaman)
1 cawan air suam
3 biji kurma (buang kulit)
7 biji kismis

Cara
1. Buang biji kurma & kismis
2. Rendam oats, kurma & kismis semalaman 
3. Masak oats, kurma & kismis yang direndam dengan sedikit air sampai lembut
4. Sejukkan & blend. Siap untuk baby makan :)