Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Monday 19 December 2016

Parenthood Journey : Baby Food, Puree Recipe

Hye dear diary. Since anas da masuk 6 bulan, aini banyak kumpul menu homemade baby puree untuk anas. Of course mama kene follow 4-days rules untuk monitor if anas ada allergic sayur-sayur atau buah-buahan nie.

Sebenarnya banyak jenis sayur-sayuran yang baby bole makan macam brokoli, lobak merah, lobak putih, ubi kentang, ubi keledek, labu, kacang peas & bayam.

These are the few recipe yang aini da try kat anas;

1. Puree Brokoli

Bahan-Bahan:
1 cawan bunga brokoli (ambil bunga je ye)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Basuh brokoli dengan air & sedikit garam. Kemudian toskan
2.   Kukus brokoli selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan brokoli dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.

** Brokoli adalah sayur yang sangat berhasiat, sangat bagus untuk otak mahupun tulang kerana ia mengandungi kalsium yang sangat tinggi.


2. Puree Carrot (Lobak Merah)

Bahan-Bahan:
1 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Kupas lobak & potong kecil. Basuh bersih, kemudian toskan
2.   Kukus lobak selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan lobak dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.

** Lobak mempunyai beta-karotena, yang bertukar menjadi vitamin A di dalam badan. Vitamin A bagus untuk mata.


3. Puree Potato (Kentang)

Bahan-Bahan:
2 biji kentang (size sederhana)
Air yang secukupnya untuk mengukus @ merebus

Cara penyediaan
1.   Kupas kentang & potong kecil agar mudah empuk.
2.   Kukus kentang selama 20-30 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek kentang dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** Kentang mengandungi kabohidrat & fiber. Ia boleh memberi tenaga sepanjang hari serta membuat rasa kenyang & membantu melawan sembelit.


4. Puree Sweet Potato (Keledek)

Bahan-Bahan:
2 biji keledek (size sederhana)
Air yang secukupnya untuk mengukus @ merebus

Cara penyediaan: 
1.   Kupas keledek & potong kecil agar mudah empuk.
2.   Kukus keledek selama 20-30 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek ubi keledek dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** keledek adalah kaya  Vitamin A & beta karotena. ubi keledek juga mengandungi Vitamin E, kalsium dan folat.


5. Puree Spinach (Bayam Hijau)

Bahan-Bahan:
1 cawan daun bayam (ambil daun je, batang buang)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Basuh bayam dengan air & sedikit garam. Kemudian toskan
2.   Kukus bayam selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan bayam dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.


** Bayam adalah sumber Kalsium. Ia juga mengandungi Vitamin A, Zat Besi dan Selenium. Tapi untuk bayi 6-8bulan, pemberian bayam perlu di kurangkan.

Untuk buah-buahan pulak bole bagi baby try pisang, epal hijau, avocado, pear, betik, kiwi, mangga & peach.

1. Puree Banana

Bahan-Bahan:
2 biji pisang emas (pisang yang kecik tu)

Cara penyediaan
1.   Lenyek dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** Pisang bagus untuk sisem penghadaman baby :) 


2. Puree Apple (Fuji Apple Merah)
**Boleh menggantikan epal kepada tembikai susu atau buah pear.

Bahan-bahan:
1 biji epal merah,
1 cawan air

Cara memasak:
1.   Epal dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
2.   Kukus epal selama 3-5 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek epal dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

Note: 
1. Untuk working mama macam aini, biasa nya aini akan prepare stock makanan anas, simpan dalam tupperware & masuk freezer. 

2. Biasanya akan tahan 3-6 bulan macam stock EBM yang kita simpan tu.

3. Aini akan keluarkan setiap malam dari freezer letak bahagian bawah fridge, pagi tu aini akan kluarkan.

4. Bila time anas nak makan, mak aini akan panaskan (rendam tupperware dlm air panas)


2 comments:

  1. yang, broccoli banyak naw 1 bekas tu, anas larat ke abes? hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe brokoli tu stock 2 ari. tapi kalau bg 1 bekas tu anas nganga jer :P

    ReplyDelete