Saturday, 28 January 2017

Parenthood Journey : Baby Food, Chicken Stock & Serbuk Ikan Bilis

Morning dear diary,

Arini aini nak share resepi baru. Sebab anas da masuk 8 bulan so aini da bole bg protein kat anas. Sebelum ni anas makan puree buah ngan sayur je kan. skrg menu anas lg sedap.


Chicken Stock

Bahan
Dada Ayam
Carrot
Celery
Bawang putih
Bawang merah
Rempah 4 sekawan


Cara;
1. Masukkan air 3/4 penuh periuk
2. Rebus semua bahan dalam smpai air rebusan tinggal 1/2
3. Dah siap tapis air rebusan ayam yg dah sejuk simpan dalam tupperware utk frozen chicken stock
4. Blend isi ayam , carrot, celery & nasi putih dgn air rebusan td. 
5. Siap bubur ayam utk anas mkn


p/s: utk working mama mcm aini frozen chicken stock membantu sgt. Bila nk bg anas mkn ambil nasi putih 1 sudu makan blend jer dgn stock da siap. Wpun xda isi ayam, anas masih dpt protein dr air rebusan tu. Weekend jela yer nak, mama masak kan bubur..huhuhu

Serbuk Ikan Bilis

Bahan
1 mangkuk ikan bilis siap kopek
(Basuh bersih, rendam & tapis)

Cara;
Sangai ikan bilis atas kuali tanpa minyak
2. Da sejuk blend sampai halus simpan dalam tupperware 


p/s:fungsi serbuk ikan bilis sama mcm stock ayam bole add on dlm mknan anas

Simple kan. k la tu jer aini nk share..

Bye.


Tuesday, 24 January 2017

Pregnancy Journey

Salam dear web diary.

Arini aini nak throwback sikit pengalaman aini mengandung & bersalinkan 1st baby Syed Anas Faris. Haishhh syahdu la pulak arini dah la sejuk ujan nie. hehehe

1st trimester
Aini dapat tau yang aini pregnant pun da sebulan lebih sebab tak nampak tanda sangat. First time check-up hubby bawak pegi scan kat klinik Dr. wan, aini buat UPT & dating scan. Dating scan ni penting untuk berapa janin single or twins, usia kandungan dsb.  Lepas seminggu camtu hubby pun da start keje, aini tabah kan hati pegi routine check-up sendiri. Masa ni alhamdulillah aini ok morning sickness pun tak da kadang-kadang je. Cuma yang aini perasan aini suka makan. hahahaha

2nd trimester
Masuk second trime, aini pergi routine check-up doc inform aini ada pregnancy complication "low lying placenta" ataupun uri bawah. Sedih sgt bila dpt berita nie dgn hubby jauh anything happened kne hadap & buat sendiri. 

Doc scan dia cakap ni placenta previa type I-II as long as tak da bleeding aini still have few month before delivered to monitor uri tu naik atas balik. Doc siap bagi pantang larang lagi. Nak citer panjang sangat nantila aini tulis entry lain pasal PP ni k. 

3rd trimester
Masa ni crucial sangat mana tak nye badan aini naik da macam belon sampai cincin kasut semua tak muat. huhuhu.

Mase ni uri aini still lagi kat bawah, tak cukup appointment KK, doc bg surat refer O&G specialist kat hospital pulak. So monthly aini kene pegi check-up KK & hospital.

Tapi yang best nyer aini masih gagah lagi pegi jalan,  pegi bercuti, pegi makan-makan, pegi kenduri.

Delivery Day (23rd May)
Ikotkan EDD 4th june, tapi baby anas nak keluar awal. Tetiba ahad pagi 22nd May tu aini tengok ada bleeding inform kat hubby dia tanya sakit ke? Da nak bersalin ke? Nak pegi hospital ke? Macam-macam la.

Aini cakap la tak da rase sakit pun, biasa je. Tengah hari tu tgk ade lagi bleeding. Still tak da rase pe2 & petang pun bleeding lagi, so aini text member aini dia cakap tu tanda nak bersalin cepat pegi hospital.

Aini cakap la aini tak sakit takpe nant da balik KL aini pegi hospital. Sempat lagi balik KL dari Melaka & kteorang smpai KL da dekat pukul 10 malam camtu. Sekali sampai hospital tros warded sebab da dilate. 

Pastu dorang pasang CTG nak monitor jantung baby & contraction. Tengah malam tu aini rase nak pegi toilet tp nurse tak bagi bangun. Aini cakap la aini tak tahan then dia kata ok. Sekali baru turun je katil, air ketuban pecah. Hehehe ingat dah terkencing kat situ.

Lepas da tuka baju lain, da baring balik baru aini start rase cucuk2 kat perut. Sampai tak boleh tido. Doc siap tanya boleh tahan ke? Nak epidural x? Nak ubat tido x? Semua aini tak nak sebab takot kene cucuk. hahaha

Seriously baring rasa tak kene, duduk rasa tak kene, padahal letih ngantok. Pagi tu doc check balik progress a bit slow. Doc ckp nanti dia datang check lagi. Then tengah ari tu doc suruh nurse prepare bilik aini tu sebab jup lagi aini da bole bersalin.

Nurse da prepare semua siap pasang alat bantuan bersalin & bismillahhirrahmanirrahim. la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin. few times try baby tak nak kuar. Almost 1 hour smpai doc cakap "jantung baby a bit drop. I bagi suggestion either forceps/ vacuum tarik baby kluar or we do an emergency caesarean".

So kteorg pilih 
caesar. Alhamdulillah 4.57 ptg Syed Anas Faris our first baby boy lahir through emergency lower segment caesarean. Pukul 6 ptg camtu aini tersedar dari pengsan tengok perot da kempis ckit. hehehe mak pengsan nokss letih sgt kot :P nurse bgtau Alhamdulillah baby ok sihat dorg da anta naik ward & papa dia da azankan.


Bersalin normal ke caesar ke tu semua rezeki masing-masing. Walaupun berbeza pada pandangan manusia, halikatnya itulah yang terbaik dalam pandangan Allah s.w.t Yg Maha Mengetahui segalanya.

Scars kat perot mama ni akan jadi kenangan for the rest of my life, one of my motherhood journey. 

Bye.

Ainiwati Bt Baker a.k.a Mama to Syed Anas Faris


Tuesday, 3 January 2017

Lampu Festival

Salam..

Malam New Year tu korang pegi mana? Turun putrajaya tak? Ada apa kat situ??

Event: LAMPU Festival (Light & Motion Putrajaya)
Location: Dataran Putrajaya, Precinct 3 (Kompleks Mahkamah)




Anas excited tengok kereta lampu kaler2.. nak naik tapi mama tak larat kene kayuh ;P

Project Mapping best kan

Event nie tiap tahun. Insha-Allah ade rezeki bole datang lagi sebab free entrance.. hahahaha

Bye & happy new year from Anas & Mama Anas :)

xoxo,
Aini