Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Saturday 16 March 2013

aunty cute



hi uollss arini aini nak story pasal human behavior.. but before aini start pasal human behavior ni, ada story sebenarnya pagi td.. ada la seorang aunty ni (chinese) umur lebih kurang 70++.. kebetulan dia naik bas yang sama dgn aini pagi ni..

Monday 4 March 2013

High School Reunion~10th Years Anniversary (Pt 3)

Last Day, Cameron Highlands


24th February 2013. Today is our last day at Cameron Highlands. Bangun je pagi kami siap2 pergi cari breakfast. Kami pilih untuk sarapan di medan selera berdekatan tempat penginapan. Jalan kaki je untuk ke sana. Dekat dengan Balai Bomba Kampung Tanpa Wayar. Pelik kan nama tempat ni, unik sangat. Biasalah Malaysian cuisine nasi lemak + teh.

High School Reunion~10th Years Anniversary (Pt 2)

Attractions, Cameron Highlands


Okey kami sampai Ringlet lebih kurang jam 9 pagi. Lokasi pertama yang kami lawati adalah Boh Tea Garden & Factory located at Habu. Nak naik ke sini laluan agak sempit dan berselekoh. Jadi kereta yang lalu lalang dikehendaki membunyikan 'hon' supaya kenderaan dari arah bertentangan alert. Ni ladang teh boh utama kt cameron. Kat sinilah teh boh di proses. Bau dia tak terkata, macam daun inai kene tumbuk da. Sampai je kat sini korang boleh naik viewpoint yang disediakan. Agak tinggi jugak, bayangkan pagi-pagi panjat bukit. Semput den. Memang best & view dia memang cantik. Turun je dari viewpoint, kami singgah breakfast kat cafe yang disediakan. My choice of course Vanilla Tea + Sandwich. Sebelum balik sempat jugak tulis nama kt visitor book & beli teh. Info: Boh Tea Factory Habu Ringlet Cameron Highlands.

High School Reunion~10th Years Anniversary (Pt 1)

Dugaan Ke Cameron Highlands

Tahun ni genap 10 tahun aku dan kawan-kawan meninggalkan alam persekolahan. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5 yang dikenali 10 tahun dahulu, banyak meninggalkan kenangan pahit & manis kisah zaman remajaku dan kawan-kawan. Kini masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Ada yang sudah berkahwin, beranak-pinak, malah ada yang sudah bekerjaya & mempunyai perniagaan sendiri.

23hb febuari 2013, kami berjanji untuk berjumpa semula & menghabiskan hujung minggu bersama di cameron highlands. Tepat jam 2 pagi, semua berkumpul di rumah yeen

Saturday 2 March 2013

hadirnya cinta

hujung minggu itu aku gagahkan diri ke pejabat.. andai tidak memikirkan minggu lepas aku sepatutnya bekerja tapi bercuti kerana ada urusan, pasti aku masih bermalasan agaknya di atas katil.. tepat jam 9 pagi aku melangkah masuk ke pejabat.. suasana agak sunyi, maklumlah hari sabtu begini ramai yang bercuti.. dengan hati yang bosan, tangan ku lincah membuka komputer sambil mengeluarkan file-file serta dokumen yang tertangguh semalam untuk disambung hari ini.

sedang aku ralit mengahdap komputer dan kertas kerja, aku terganggu dengan