hujung minggu itu aku gagahkan diri ke pejabat.. andai tidak memikirkan minggu lepas aku sepatutnya bekerja tapi bercuti kerana ada urusan, pasti aku masih bermalasan agaknya di atas katil.. tepat jam 9 pagi aku melangkah masuk ke pejabat.. suasana agak sunyi, maklumlah hari sabtu begini ramai yang bercuti.. dengan hati yang bosan, tangan ku lincah membuka komputer sambil mengeluarkan file-file serta dokumen yang tertangguh semalam untuk disambung hari ini.
sedang aku ralit mengahdap komputer dan kertas kerja, aku terganggu dengan
suara, "dah banyak kali mesin photocopy ni rosak, tak boleh buat sesuatu ke?"keluh kak wawa pada seseorang yang membelakangi aku.. siapa dia ni, oh mungkin technician yang dihantar untuk membaiki mesin photocopy kami yang hampir seminggu rosak itu.. kemudian lelaki itu membalas "mesin ini model lama kak, kalau rosak memang susah nak cari spare part. tak apa lah, biar saya tengok dulu kali ini apa yang rosak, dah selesai nanti saya panggil akak". dalam hatiku berkata, kenapa lah bos tak beli mesin baru je, tak la asyik rosak. kedekut sangat, sebab tu lah dorang ni kaya agaknya jimat cermat. selagi boleh pakai, pakai je jangan membazir.
suara, "dah banyak kali mesin photocopy ni rosak, tak boleh buat sesuatu ke?"keluh kak wawa pada seseorang yang membelakangi aku.. siapa dia ni, oh mungkin technician yang dihantar untuk membaiki mesin photocopy kami yang hampir seminggu rosak itu.. kemudian lelaki itu membalas "mesin ini model lama kak, kalau rosak memang susah nak cari spare part. tak apa lah, biar saya tengok dulu kali ini apa yang rosak, dah selesai nanti saya panggil akak". dalam hatiku berkata, kenapa lah bos tak beli mesin baru je, tak la asyik rosak. kedekut sangat, sebab tu lah dorang ni kaya agaknya jimat cermat. selagi boleh pakai, pakai je jangan membazir.
tiba-tiba lelaki tu menghampiri meja ku.. aku mengucap panjang sebab terkejut, dalam hati sumpah seranah sebab mamat ni tak reti bagi salam.. "err.. maaf buat awak terkejut" kata lelaki itu mungkin dia perasan riak wajahku yang kurang selesa itu.. "hmm.. tak pe, lain kali bagi salam" bidasku dengan jelingan.. saya nak tumpang tanya tong sampah kat mana?" katanya memandang tepat ke arah ku.. berdebar pulak bertentang mata dengan mamat ni.. ain control sikit, awak tu perempuan okey.. sambil memandang ke suatu sudut aku pun berkata "tu kat situ, ambil la. tapi jangan lupa pulak letak balik nanti bila dah habis pakai".. lelaki itu tersenyum lantas melangkah ke arah yang dimaksudkan..
beberapa minit kemudian lelaki itu, kembali semula ke meja kerja ku.. "maaf cik err..." dia terdiam, seraya memandang ku.. "nama saya ain, ada apa lagi yang saya boleh tolong encik 'mesin photocopy'?" kataku kepadanya.. dia tertawa lantas bersuara "saya rahman, cik ain boleh panggil saya man je. saya nak pinjam komputer cik nak cuba print dekat mesin tu boleh?".. aku pun memandang ke arah mesin yang nampak seperti sudah dibaiki itu.. "tak payah ber 'cik-cik la' panggil ain je.. hmm pakailah sekejap je kan" aku bangun memberi ruang kepada man melakukan tugasnya..
setelah selesai, man mengemas kawasan kerja nya dan berlalu mencari kak wawa atau nama sebenarnya wahida staff di bahagian pentadbiran untuk memaklumkan keadaan mesin yang telah siap dibaiki. kemudian dia kembali semula untuk mengambil barang-barangnya yang diletakkan berhampiran mesin photocopy tadi. sambil melintasi mejaku sempat lagi dia berkata "awak saya balik dulu, nanti saya email awak ok". aku terkedu email?? mana dia tahu email aku.. oh mungkin masa dia pinjam komputer tadi dia ternampak.. salah aku juga, tak reti nak minimize windows tab.. sambil tersenyum aku meneruskan kerja.. benar ada debaran di hati, mugkinkah kerana mamat 'mesin photocopy' itu? entahla yang pasti aku senang dengan perasaan ini..
***
hari isnin, aku melangkah masuk ke pejabat seperti biasa setelah bercuti di hari minggu.. biasalah pagi-pagi begini sarapan dulu di pantry sebelum memulakan tugas.. setelah selesai bersarapan aku ke meja kerjaku membuka komputer.. dalam hati terdetik "ish masih awal lagi ni, sempat juga kalau tengok status kawan-kawan di facebook. Aku pun membuka internet.. Sudah menjadi kebiasaanku untuk membaca dahulu status facebook yang telah di link kan ke emailku.. sedang aku membaca satu persatu email dalam inboxku, tiba-tiba ada email dari seseorang yang beralamat fadhlurrahman@gmail.com. email dari siapa ni ye? hatiku tertanya-tanya sambil membuka untuk membaca kandungan email tersebut.
Salam..
Hai awak.. ingat saya lagi tak? "encik mesin photocopy" yang datang ofis awak aritu..Hehe..
Maaf menganggu, kalau saya nak berkawan rapat dengan awak boleh? Jujur saya cakap, saya suka cara awak.. Kalau awak tak kisah, awak reply la email saya okey..
Ikhlas menantimu,
fadhlurrahman a.k.a encik mesin photocopy ;p
mamat mesin photocopy rupanya.. hmm nak reply ke tidak? apa salahnya berkawan kan.. bak kata pepatah berkawan biar seribu.. aku pun membalas email dari fadhlurrahman.. setelah hampir seminggu kami berhubung melalui email, aku mulai senang dengan cara man yang bersahaja itu.. akhirnya kami bertukar-tukar nombor telefon. genap sebulan perkenalan kami, man mengajak ku keluar bersama pada hujung minggu. mulanya aku agak was-was maklumlah, keluar dengan lelaki yang agak baru dikenali itu. apabila man meyakinkan yang kami hanya pergi makan selepas itu pulang, aku pun bersetuju.
***
hari minggu yang dijanjikan telah pun tiba.. kami berjanji untuk berjumpa terus di Mid Valley Megamall.. aku mengambil ktm untuk ke sana.. malas memandu bila memikirkan sukar untuk mendapat parking di hujung minggu begini. setelah tiba di Mid Valley, aku menghantar sms kepada man memaklumkan yang aku menunggunya di kedai buku mph. 10 minit kemudian man tiba, lantas menegurku "Assalamualaikum.. khusyuk nya awak tengok buku tu, sampai saya datang pun awak tak sedar". aku tersenyum tanpa membalas usikkan nya. mudahnya dia mencari ku di kedai buku yang agak besar itu. Malas memikirkan persoalan yang berlegar di fikiran, kami beriringan keluar dari kedai tersebut.
kami menikmati makan tengah hari di The Chicken Rice Shop, The Gardens Mid Valley. sambil menunggu pesanan tiba, aku bertanya kepadanya persoalan yang berlegar di fikiran tadi. "macam mana awak boleh terus jumpa saya kat kedai buku tadi sedangkan saya tak bagitau awak pun saya di area mana. kedai itu kan besar?".. dia tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua pipinya lantas berkata "awak kan pernah bagitahu saya awak suka baca novel. jadi saya dapat agak awak mesti pergi tengok novel kan".. Ya Allah sungguh aku menyenangi lelaki di hadapanku ini.. walaupun singkat perkenalan kami, terasa seperti telah lama kami berkawan.. dia tahu apa yang aku suka dan dia sungguh bijak mengambil hatiku.. sambil menikmati hidangan tengah hari, kami terus berbual perihal masing-masing.
setelah selesai makan, kami berjalan-jalan di dalam Mid Valley Megamall.. kata man adalah bagus untuk kita berjalan selepas makan untuk mempercepatkan proses pencernaan.. penat melangkah dari satu tingkat ke satu tingkat, man bertanya kepadaku "awak ada nak beli apa-apa ke? shopping? atau awak nak beli buku yang awak pegang tadi?". aku menggeleng lalu berkata "tak apa lah lain kali je. saya dah penat ni jalan-jalan kat sini. kita balik ye?". tanpa berlengah man terus bersetuju dan menawarkan untuk menghantarku pulang. pada mulanya aku menolak, tapi bila man bersungguh menawarkan diri, aku pun menerimanya. 'orang dah offer kan, nak buat apa susah payah tunggu train' detik hati nakalku.
sampai sahaja di pagar rumah, kelihatan ibuku sedang mengangkat kain jemuran yang di sidai pagi tadi. man terus keluar menyalami ibuku dan memperkenalkan dirinya. sungguh aku senang dengan cara man yang menghormati orang tuaku. setelah man pulang, ibuku juga memuji sikap man. katanya "man itu nampak baik budaknya, kamu dengan dia ada apa-apa ke?".. aku tersentak lalu membalas "ish mak ni, kami berkawan ajela. tak ada apa pun". emak pun menyambung lagi "berkawan-berkawan jugak, jangan lupa kita ni orang Islam, kalau dah suka sama suka suruh aje man masuk meminang. tak payah kawan lama-lama, lepas kahwin kalau nak ber'dating' pun dah tak salah sebab dah halal". emak-emak.. beginilah dia.. sentiasa menasihati dan mengingatkan anak-anaknya tentang agama..
***
hampir 3 bulan perkenalan aku dan man dia pun menyampaikan hasrat untuk melamarku.. aku terkejut kerana tak kan baru kenal dah nak kahwin. kata man "kita bertunang dulu dalam 1 tahun, kenal lebih rapat lagi, kalau awak nak tarik diri dalam masa tu saya terima. walaupun itu bukan kehendak saya". hatiku mulai resah dengan permintaan dan cadangan man lantas ku suarakan kepada ibuku. katanya "bagus jugak cadangan man tu, sekurang-kurangnya tidaklah orang mengata bila nampak kamu keluar berdua. kalau masih tidak pasti buatlah solat istikharah supaya Allah s.w.t tunjukkan kamu jalan nya. mak tak kisah siapa pun pilihan kamu". setelah memikirkan perkara ini sebaiknya aku pun bertunang dengan man sebulan kemudian. Alhamdulillah majlis kami berjalan lancar walaupun dibuat secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
setelah bertunang man semakin mengambil berat dan menyayangiku. jika tidak sibuk bekerja di luar kawasan, pasti aku akan dijemput pulang dari tempat kerja. dia tidak pernah lelah melayani karenahku yang kadang-kala kurang matang seperti keanak-anakkan. hampir 8 bulan pertunangan kami, aku dan man bersetuju untuk mengakhirinya ke jinjang pelamin. ternyata aku tidak silap kerana memilih man sebagai suamiku, imamku juga ayah kepada bakal anakku kelak. walaupun perkenalan kami tidak sampai setahun, fadhlurrahman seorang lelaki biasa yang berjaya membuat aku tersenyum setiap hari. seorang lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan penuh rasa cinta terhadapku dan yang penting menerima aku seadanya.. Alhamdullillah, walaupun setelah 5 tahun usia perkahwinan kami, man masih lelaki sama seperti 6 tahun dulu.
Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada redha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu. Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan kurnia-Mu wahai Pemberi Ijabah Ya Arhamar Rahimin.
***fadhlurrahman-keutamaan dari Allah, anugerah Ar-Rahman
p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata.. till then~aini
aini...good job
ReplyDeleteimpress pembaca yang sangat tertarik
ada part2 yg meleret2 but boleh diperbaiki...nway
sangat tertarik !!!! next story pleaseee !!!!
kotak hijau, baru belajar menulis.. hehe
ReplyDeleteInsyallah will improve k :P
Thanx for your reading & comment
hehe
ReplyDeleteer, nana is there s'thing u want to share?
ReplyDelete