Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Monday, 4 March 2013

High School Reunion~10th Years Anniversary (Pt 2)

Attractions, Cameron Highlands


Okey kami sampai Ringlet lebih kurang jam 9 pagi. Lokasi pertama yang kami lawati adalah Boh Tea Garden & Factory located at Habu. Nak naik ke sini laluan agak sempit dan berselekoh. Jadi kereta yang lalu lalang dikehendaki membunyikan 'hon' supaya kenderaan dari arah bertentangan alert. Ni ladang teh boh utama kt cameron. Kat sinilah teh boh di proses. Bau dia tak terkata, macam daun inai kene tumbuk da. Sampai je kat sini korang boleh naik viewpoint yang disediakan. Agak tinggi jugak, bayangkan pagi-pagi panjat bukit. Semput den. Memang best & view dia memang cantik. Turun je dari viewpoint, kami singgah breakfast kat cafe yang disediakan. My choice of course Vanilla Tea + Sandwich. Sebelum balik sempat jugak tulis nama kt visitor book & beli teh. Info: Boh Tea Factory Habu Ringlet Cameron Highlands.


Lepas breakfast, kami pergi Bee Farm yang terletak tak jauh dari Ladang teh boh tadi. Kat sini ada banyak lebah. Kalau korang nak beli madu asli kat sini ada jual serendah RM1/per stick. Murahkan sedap pulak tu.

Next, kami teruskan perjalanan ke tanah rata. Kat sini memang banyak tempat penginapan yang cantik-cantik. Disebabkan tempat penginapan kami di daerah brinchang, kami teruskan je perjalanan. Lalu lintas sedikit sesak, mungkin orang dah mula ramai.  Semakin menghampiri tempat penginapan kami, jalan tersebut telahpun di tutup sebagai laluan LTDL. So tak dapat check in lagi, kami memilih untuk berjalan-jalan.

Seterusnya syawal mencadangkan kami menaiki gunung brinchang 2000m height. Nak naik ke sini perlu melalui lorong yang agak sempit. On the way anda akan nampak simpang ke Ladang Teh Sg Palas. Untuk mereka yang suka kan aktiviti lasak, anda boleh buat jungle tracking di Mossy Forest, Gunung Brinchang. Memang cantik kat sini sebab pokok2 asli yang sangat unik tanpa pembalakan. Wooden track disediakan untuk memudahkan pengembaraan anda. 1 tips to reach here is u guys should drive 4WD car. Jalan dia agak berbukit, jadi untuk kereta biasa mungkin agak sukar. Info: Mossy Forest, Gunung Brinchang Cameron Highlands
Turun dari panjat gunung & perut pun lapar, kami singgah makan di Ladang Teh Boh Sg Palas. Biasalah signature cameron highlands "tea". Tempat dia memang cantik. Dengar cerita, movie ombak rindu shooting kat sini. Seronoknya minum teh belatar belakangkan ladang teh. Kat sini ada gallery, tea shop & small museum. Rugi kalau sesiapa yang datang cameron tapi tak jejak kaki kat sini. Info: Sungai Palas Tea Boh Plantation.
Seterusnya kami pergi Lavender Farm cameron highlands. Tempat ni baru di buka. Cantiknye kat sini Tuhan je yang tahu. Pokok bunga lavender yang segar bugar & berwarna-warni buat mata tak jemu. Kat sini jugaklah kami petik buah strawberry, another signature of cameron highlands. Tempat ni tak ramai sangat orang, jadi mudah untuk kami posing. Hahaha. 
Selepas bayar strawberry yang dipetik, kami keluar & kali ni destinasi nya Avant Chocolate & Green View Garden. Apalagi it's shopping time sbg sourvenier. Kat sini ada pelbagai jenis tea, chocolate & biscuit yang telah di variasikan rasanya. Memang best, sampai rambang mata di buatnya. Info:green-view-garden-avant-chocolate.
Penat seharian berjalan, lokasi terakhir kami untuk hari pertama adalah brinchang night market. Kat sini kami beli juadah untuk makan malam & beberapa sourvenier untuk dibawa pulang ke kl nanti. Harga boleh tahan & bagi anda yang pandai tawar-menawar mesti dapat lagi murah. Info: Cameron Highland Night Market.

Seharian kami berjalan, akhirnya kami check-in ke tempat penginapan jam 8 mlm. Disebabkan badan pun dah letih, kami hanya makan malam di rumah je & berehat. Esok kami akan menyambung lagi perjalanan sebelum pulang. 

To be continue...~aini

No comments:

Post a Comment