Dugaan Ke Cameron Highlands
Tahun ni genap 10 tahun aku dan kawan-kawan meninggalkan alam persekolahan. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5 yang dikenali 10 tahun dahulu, banyak meninggalkan kenangan pahit & manis kisah zaman remajaku dan kawan-kawan. Kini masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Ada yang sudah berkahwin, beranak-pinak, malah ada yang sudah bekerjaya & mempunyai perniagaan sendiri.
23hb febuari 2013, kami berjanji untuk berjumpa semula & menghabiskan hujung minggu bersama di cameron highlands. Tepat jam 2 pagi, semua berkumpul di rumah yeen
(noreen) head of the event. Berbaju purple kesemua kami, "violet theme" katanya. Setelah semua berkumpul kami memulakan perjalanan ke cameron melalui tol sg buloh. Kami sempat singgah mengisi petrol di stesen shell MRR2 hala ke sg buloh. Kasi penuh tangki, sebelum jalan dalam RM70.
(noreen) head of the event. Berbaju purple kesemua kami, "violet theme" katanya. Setelah semua berkumpul kami memulakan perjalanan ke cameron melalui tol sg buloh. Kami sempat singgah mengisi petrol di stesen shell MRR2 hala ke sg buloh. Kasi penuh tangki, sebelum jalan dalam RM70.
Dengan kelajuan sederhana 100-110 km/j kami berkonvoi sebanyak 4 buah kereta. Kami berhenti seketika di R&R Tapah untuk berehat & pekena coffee. Tak kurang jugak ada yg melantak nasi subuh2 begini (nama dirahsiakan ye). Hehehe. Lapar katanya. Setelah hampir 1/2 jam berhenti di R&R Tapah, perut pun dah kenyang, mata pun dah segar, kami bersedia untuk meneruskan perjalanan.
Ketika di parkir, perkara yang tidak dijangka berlaku.. jeng..jeng..jeng.. (suspen kan...hahaha), okey ni bukan pasal tayar pancit or kereta hilang, tapi kereta salah seorang dari kawan kami tak dapat dihidupkan. Bermulalah episod repair kereta jam 5 pagi. Setelah mencari wayar jumper untuk melakukan jump start gagal, syawal empunya kereta tiada pilihan lain terpaksa membeli bateri baru di pam minyak berhampiran. Fuuhhh nasib ada jual. Melayang jugaklah RM300 pagi-pagi macam ni.
Akhirnya setelah menukar bateri, kereta tersebut boleh dihidupkan. Tak sampai beberapa meter memulakan perjalanan, kami terpaksa berhenti semula kerana kereta yang sama mengalamai masalah lagi. Kali ini wayar berhampiran enjin perlu dibalut kerana terbakar. Kami ke pam minyak semula untuk mencari tape. Sungguh malang pagi itu, kedua-dua pam tak ada jual black tape yang diperlukan. So, solution nye syawal terpaksa menggunakan hansaplast untuk membalut wayar tersebut. Itu pun nasib baik ada.
Setelah selesai kami menyambung perjalanan. Kami memilih untuk menaiki cameron melalui tapah. Selepas membayar tol di exit tapah RM17.90 (Sg. Buloh - Tapah), kami berhenti untuk solat subuh di masjid batu 3 jalan pahang tapah. Selesai solat subuh, kelihatan petugas-petugas LTDL (Le Tour De Langkawi) memasang petunjuk arah di jalan raya berhampiran. Kebetulan minggu tersebut peserta LTDL juga akan menaiki cameron highlands. Takut tersangkut di dalam kesesakan kami bergegas & meneruskan perjalanan.
Jalan raya di Tapah-Cameron agak sunyi pagi tu. Yang ada cuma lori-lori membawa turun sayur-sayuran untuk di bawa ke pasar-pasar berdekatan. Keadaan jalan yang tiada lampu serta bengkang-begkok seperti huruf 'S' itu memaksa kami untuk memperlahankan kenderaan. Alhamdulillah hari semakin cerah. Sungguh cantik pemandangan air terjun Lata Iskandar pagi itu. Kami berhenti seketika di stesen shell Ringlet untuk ke tandas sebelum meneruskan perjalanan. Akhirnya kami tiba di Tanah Rata lebih kurang jam 9 pagi. Bermulalah aktiviti kami di Cameron Highlands. Nak tahu tempat yang kami lawati tunggu nex post ye. Penat pulak nak menaip. Hehehe.
To be continue..~aini
No comments:
Post a Comment