Wednesday, 16 December 2015

Food Review : Jonker 88 Nyonya Asam Laksa

Hello my diary.

Entry kali nie pasal makan lagi. Hehehe sejak preggy rase nak makan tu berselera jer maybe pembawakan budak kot (padahal mak dia yg nak makan..huhh alasan je)

Masih lagi kat melaka nie salah satu favourite port aini. Nama kedai dia Jonker88 located at Jonker Street (next to police station). Dia bukak siang jer taw. Kalu korang datang malam memang tak da ok.

Special nye kat sini byk sgttt. Semua pun aini suke. Makanan kan pe yang aini tak suke..hahahaha..

Tapi kalau aini datang sini my favourite menu
✅ Baba Iced Kacang
✅ Baba Cendol
✅ Nyonya Asam Laksa
✅ Baba Laksa
✅ Baba Nyonya Asam Laksa Kahwin

Semua nye sedap menu baba nyonya melaka. Kat sini selalu fullhouse. Kene Q panjang sampai tggu orang abis makan baru dapat meja kosong. Sedap nyer pasal I sanggup beratuq tunggu.

Kalau korang datang melaka pe kata try makan kat sini. Highly recommended tp make sure korang penyabar orang nyer :)

Ok la nant kalau aini g makan tempat sedap2 lain aini review lg k bye.. :)

Monday, 14 December 2015

Food Review : Ikan Bakar Pernu Melaka

Hi my dear diary..

Suke betol aini update cter kat cni. Bukan pe mane la taw bila2 aini nak refer bole jugak bukak balik kn. :)

Arini nk share pasal tempat makan seafood yang aini bole bagi 3 words "BEST", "FRESH" & "MURAH".
Selama 3 tahun study kat melaka tak pernah pun datang cni. 1st time datang pun hubby bawak g makan ngan kawan-kawan dia. Sedey kan. 😥😥 Kalau tau dulu every weekend mesti datang sini.

Location dia tepi laut. Kalau orang tanye landmark dia tak jauh ngan gurney school mallaca. (Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai).

Kalau korang datang melaka aini suggest korang makan malam kat sini. 4orang makan lauk ikan bakar, ikan sweet sour, sotong goreng tepung, ketam masak cili, kailan ikan masin = RM 60++

Jambu batu dia pun sedap wei. Selalu jambu makan ngan serbuk asam boi kan. Tapi kat sini jambu makan dengan serbuk asam boi + asam kulit limau. Ermmm telan ayaq liuq tulis entry nie.

Pas makan bole jugak beli buah tangan ke jajan sbb kat sini adr kedai souvenir dari kraft smpai la makanan termasuk cencalok.

Mmg best mlm selalu full house especially kedai ujung kedai ikan bakar parameswara. Malas nak citer panjang lebar korang try sendiri k.

Okbai.

Wednesday, 12 August 2015

Resepi: Chocolate Chip Cookies

Morning my dear diary & readers. Hari ni aini nak share resepi cookies sedap. Hubby request mase dia balik cuti aritu dia cakap rasa cookies ni famous amos. Kalau baked memang tak sempat penuh balang mesti anak sedara aini makan dulu. sedap katanye :)

Bahan:
½ cup butter / margarine
½ cup gula perang
½ cup gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanila

1 ¼ cup tepung serbaguna
1 tsp tepung jagung
½ tsp baking soda
½ tsp garam
1 ½ cup chocolate chip
Cara:
1. Pukul mentega bersama gula perang & gula halus
2. Masukkan telur & esen vanila, pukul hingga sebati
3. Dalam mangkuk yg berasingan ayakkan tepung, baking soda & garam
4. Masukkan tepung ke dalam campuran mentega & kacau sebati
5. Tambah chocolate chip & kacau hingga rata
6. Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam
7. Gunakan sudu kecil untuk membentuk adunan menjadi bola
8. Letakkan dalam dulang pembakar (Nota: jarakkan 3inci antara cookies)
9. Bakar selama 15-20 minit suhu 160° c 



Sunday, 9 August 2015

Resepi : Apam Polkadot

Salam korang.. arini aini nak share simple desert yang comel. Nak buat minum petang ke nak buat desert birthday party pun bole sebab budak suke.
Bahan Apam Polkadot:
275gm Tepung Gandum
200gm Gula Halus
150gm Susu Segar
3biji Telur (Dari peti sejuk)
3sb Baking Powder
1sk Ovalette
Pewarna
Filing Blueberry (Nak letak chocolate pun bole jer)

Cara:

1. Mix kan telur, susu & gula
2. Masukkan tepung, baking powder & ovalette
3. Mix sampai adunan sebati & bahagi kepada 2
4. Titiskan pewarna dalam adunan tadi & masukan piping bag
5. Tuangkan adunan tepung dalam paper cup, masukkan filing & tuangkan tepung.
6. Corak kan apam bentuk polkadot & kukus 10-15min

Note: 

1. Masukkan paper cup dalam acuan lompang atau acuan supaya apam naik bulat 
2. Balut tutup pengukus dengan kain lampin bersih untuk elakkan air wap menitis atas apam
Bahan Blueberry Filing:
1 mangkuk blueberry
3sb gula halus
1/2 cawan air

Cara:

1. Basuh bersih buah blueberry
2. Satukan blueberry, gula & air dalam periuk
3. Masak sehingga blueberry pekat macam jem
4. Da siap tutup api & biar sejuk.