Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Monday 21 November 2016

Activities & Games

Hi dear diary,

Arini aini nak share fun activities & games yang simple gunakkan barang-barang yang mudah korang dapat. Korang boleh apply kalau ade family holiday ke atau company trip. Sesetengah orang panggil nie ice breaking activities.

Oleh kerana bebudak ofis aini baru balik dari company trip, dorang main game ni untuk ice breaking activities. Bagus nya activity ni dapat build teamwork.

1. Choo..Choo..Train (Caterpillar Race)
Ahli pasukan perlu pegang belon dengan menggunakan badan mereka dalam satu barisan & berlari ke garisan penamat

Item Diperlukan: Balloon

2. Damaged Railway Track (Caterpillar Traverse)
Pita pelekat perlu di lekatkan di lantai / tanah (saiz segiempat)  & kaki ahli pasukan akan di ikat antara satu sama lain.

Mereka perlu melalui pita pelekat (landasan kereta api) ke garisan penamat tanpa melangkah keluar atau jatuh.

Item Diperlukan: 1 roll pita pelekat & kain 

3. Circle Pass (Hula Hoop)
Ahli pasukan perlu memegang tangan antara satu sama lain & “pass” kan hula hoop ke orang terakhir tanpa melepaskan tangan

Item Diperlukan: Hula Hoop / Kain Sarung

4. Helium Roll (Tape Race)
Pita pelekat diletakkan di atas jari telunjuk ahli pasukan dan mereka perlu berjalan ke garisan penamat

Item Diperlukan: 1 roll pita coklat

5. Repeat Order Sis!! (Telefon Rosak)
Ahli pasukan perlu berbisik (sampaikan mesej kepada ahli pasukan lain) & orang yang terakhir perlu memberitahu apa mesej yang mereka terima

Item Diperlukan: Fun words example;
(I cannot see, I cannot pee, I cannot chew, I cannot screw, Oh my god what can I do)

6. Let Me Shower You (Water Balloon)
Semua ahli mesti berdiri dalam satu barisan & berikan belon air kepada rakan pasukan di belakang mereka

Item Diperlukan: Ballon berisi air 

7. Skipping Trick
Ahli pasukan lain perlu melompat dalam bulatan tali skipping seorang demi seorang

Item Diperlukan: Skipping


8. Watch Out! (Pijak belon)
Semua peserta harus meniup belon & ikat pada kaki mereka. Mereka perlu cuba untuk memecahkan belon peserta lain dan dalam masa yang sama perlu memastikan belon mereka selamat

Item Diperlukan: Ballon



Selain dari tu korang boleh jugak main musical chair, galah panjang, limbo games, makan epal dan lain-lain.

Selamat mecuba. bye :)

2 comments:

  1. eh, lupe pulak. aini keje tmpt lame ke dah tuka? nnti lah kite chat2 nk tnye. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe aini keje kt tempat lame lg la sya

      Delete