Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Saturday 31 December 2016

makeup bouquet

Hi

Korang kaki makeup tak?



If yes korang mesti suka masuk kedai makeup kan. Pastu mesti suka ada makeup kit, brush set atau pun makeup palette.

Aini bukan la orang yang pandai makeup, dalam bag pun ada compact power ngan lipstick jer.

Tapi aini suka tengok koleksi makeup. Teringat mase kawen dulu beg makeup mak andam da mcm luggage. Macam-macam ada.

Baru-baru nie viral makeup bouquet dari J-Party Havoc. Aini rase mana-mana perempuan pun akan senyum sampai ke telinga kalau dapat makeup bouquet tu kan.






Cantik kan. Agak-agak adr org nak bagi aini tak? hmmm... beli sendiri jela kot.. huhuhu..

Ok la just nak bagitau tu jer. 


Bye.

Thursday 22 December 2016

OMG. Lepas beranak mama put on weight !!!!

Ok. Ni major problem aini sekarang. 

Mane tak nye lepas sebulan bersalin ok badan nampak ke arah tanda-tanda kembali ke bentuk asal. Kembang berseri muka I time tu.

Tapi... Guess what???

Lepas 6 bulan, anas pun da kurang breastfeeding, mama enjoy makan tu ini segala mak nenek carbo semua masuk dalam badan.

Omg.. omg.. please help me...

Ok maybe aini patut mula balik healthy lifestyle before I get pregnant. Huhuhu. Let me re-call back.

Background:
·       Aini ni working women 6 days a week (7am-7pm)
·       Truly malay (tak boleh tak makan nasi langsung)
·       Tak da masa nak exercise keje subuh ke malam (Sabtu Ahad je ada cuti)

What I do:

Daily
Breakfast   : Kuih/ Bihun Goreng/ Sandwich/ Roti bakar + Air Kosong
Lunch        : Bihun Sup/ Tomyam/ Laksa/ Nasi ¼, Sayur, ikan@ayam baka + Air Kosong
Dinner       : Roti/ Biskut/ Buah + Detox Tea

(aini amalkan quote: “Breakfast like a king, lunch like a prince & dinner like a beggar”)

Weekend 
Breakfast/ Lunch/ Dinner (menu sama macam hari biasa, cuma nafsu makan I kadang terlepas jgk)
+ Jogging on Saturday or Sunday (yang nie memang tak tipu ok, perlu buat walaupun 1 minggu 1-2 kali)

Pantang Larang:
1.   Air manis/ air gas/ minuman berais (nak kurus kene minum air kosong minimum 2L daily)
2.   Fast food (McD, KFC, Pizza etc)
3.   Makanan berminyak

Tapi kan aini ni manusia biasa, sesekali langgar jugak pantang tu ;P

Cuma kita kena pandai balance la. Agak-agak terlebih calories, workout lebih ckit 

Insya-Allah memang berhasil. Aini pernah try dulu.

Dalam masa 1-3 bulan memang bole dapat balik ideal weight aini dulu (48-50kg) untuk aini yang tak berapa nak tinggi ni (153cm)

Wish me luck ok.


xoxo,
Aini

Monday 19 December 2016

Parenthood Journey : Baby Food, Puree Recipe

Hye dear diary. Since anas da masuk 6 bulan, aini banyak kumpul menu homemade baby puree untuk anas. Of course mama kene follow 4-days rules untuk monitor if anas ada allergic sayur-sayur atau buah-buahan nie.

Sebenarnya banyak jenis sayur-sayuran yang baby bole makan macam brokoli, lobak merah, lobak putih, ubi kentang, ubi keledek, labu, kacang peas & bayam.

These are the few recipe yang aini da try kat anas;

1. Puree Brokoli

Bahan-Bahan:
1 cawan bunga brokoli (ambil bunga je ye)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Basuh brokoli dengan air & sedikit garam. Kemudian toskan
2.   Kukus brokoli selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan brokoli dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.

** Brokoli adalah sayur yang sangat berhasiat, sangat bagus untuk otak mahupun tulang kerana ia mengandungi kalsium yang sangat tinggi.


2. Puree Carrot (Lobak Merah)

Bahan-Bahan:
1 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Kupas lobak & potong kecil. Basuh bersih, kemudian toskan
2.   Kukus lobak selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan lobak dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.

** Lobak mempunyai beta-karotena, yang bertukar menjadi vitamin A di dalam badan. Vitamin A bagus untuk mata.


3. Puree Potato (Kentang)

Bahan-Bahan:
2 biji kentang (size sederhana)
Air yang secukupnya untuk mengukus @ merebus

Cara penyediaan
1.   Kupas kentang & potong kecil agar mudah empuk.
2.   Kukus kentang selama 20-30 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek kentang dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** Kentang mengandungi kabohidrat & fiber. Ia boleh memberi tenaga sepanjang hari serta membuat rasa kenyang & membantu melawan sembelit.


4. Puree Sweet Potato (Keledek)

Bahan-Bahan:
2 biji keledek (size sederhana)
Air yang secukupnya untuk mengukus @ merebus

Cara penyediaan: 
1.   Kupas keledek & potong kecil agar mudah empuk.
2.   Kukus keledek selama 20-30 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek ubi keledek dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** keledek adalah kaya  Vitamin A & beta karotena. ubi keledek juga mengandungi Vitamin E, kalsium dan folat.


5. Puree Spinach (Bayam Hijau)

Bahan-Bahan:
1 cawan daun bayam (ambil daun je, batang buang)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Basuh bayam dengan air & sedikit garam. Kemudian toskan
2.   Kukus bayam selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan bayam dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.


** Bayam adalah sumber Kalsium. Ia juga mengandungi Vitamin A, Zat Besi dan Selenium. Tapi untuk bayi 6-8bulan, pemberian bayam perlu di kurangkan.

Untuk buah-buahan pulak bole bagi baby try pisang, epal hijau, avocado, pear, betik, kiwi, mangga & peach.

1. Puree Banana

Bahan-Bahan:
2 biji pisang emas (pisang yang kecik tu)

Cara penyediaan
1.   Lenyek dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** Pisang bagus untuk sisem penghadaman baby :) 


2. Puree Apple (Fuji Apple Merah)
**Boleh menggantikan epal kepada tembikai susu atau buah pear.

Bahan-bahan:
1 biji epal merah,
1 cawan air

Cara memasak:
1.   Epal dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
2.   Kukus epal selama 3-5 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek epal dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

Note: 
1. Untuk working mama macam aini, biasa nya aini akan prepare stock makanan anas, simpan dalam tupperware & masuk freezer. 

2. Biasanya akan tahan 3-6 bulan macam stock EBM yang kita simpan tu.

3. Aini akan keluarkan setiap malam dari freezer letak bahagian bawah fridge, pagi tu aini akan kluarkan.

4. Bila time anas nak makan, mak aini akan panaskan (rendam tupperware dlm air panas)


Saturday 26 November 2016

Parenthood Journey : Baby Play mat

Hye dear web diary,

Arini aini nak update pasal baby play mat. Lepas dahi anas luka terhantuk kat lantai sebab meniarap dan nak merangkak aritu, aini try cari baby play mat untuk anas.

Kebanyakkan play mat yang jual kat luar yang cantik-cantik tu sebenarnya belum tentu selamat untuk kita especially baby, sebab kandungan chemical dalam tu. Nak beli kat kedai baby pun kadang harga sampai beratus ringgit.

Bukan aini ni demand atau go for branded stuff, tapi kalau benda tu mendatangkan bahaya of course kita pun tak nak kan.

So kebetulan lazada ada sales, aini cari dan jumpa “BABY A Extra Thick Double-sided Waterproof Baby Crawling Play Mat with Enhanced Small Square Design”


 Ciri-ciri playmat ni:
  • Dimension: 200 x 180 x 1.0 cm (L x W x T)
  • 1.0 cm thick EPE/PE material to protect your child from fall
  • Double sided Plat mat: consists of "Fruits" on side A and "Animal" on side B
  • Latest generation play mat (small square) to prevent crack and damage
  • Increase the durability and impact absorption. 
  • Soft, elastic, and slip resistant protect kids from hard impacts on the ground.
  • Waterproof, easy to clean and sanitize from your child's rugged playtime.  
  • Helps keep kids healthy from germs, bugs and bacteria.
  • Tested and certify to meet GB6675 stringent standard: nontoxic, non Hazardous Substances,  non BPA, non Phthalates





Okay la anas pun happy dapat play mat baru sebab sekarang boleh bergolek satu rumah..hahahaha bye.

Monday 21 November 2016

Activities & Games

Hi dear diary,

Arini aini nak share fun activities & games yang simple gunakkan barang-barang yang mudah korang dapat. Korang boleh apply kalau ade family holiday ke atau company trip. Sesetengah orang panggil nie ice breaking activities.

Oleh kerana bebudak ofis aini baru balik dari company trip, dorang main game ni untuk ice breaking activities. Bagus nya activity ni dapat build teamwork.

1. Choo..Choo..Train (Caterpillar Race)
Ahli pasukan perlu pegang belon dengan menggunakan badan mereka dalam satu barisan & berlari ke garisan penamat

Item Diperlukan: Balloon

2. Damaged Railway Track (Caterpillar Traverse)
Pita pelekat perlu di lekatkan di lantai / tanah (saiz segiempat)  & kaki ahli pasukan akan di ikat antara satu sama lain.

Mereka perlu melalui pita pelekat (landasan kereta api) ke garisan penamat tanpa melangkah keluar atau jatuh.

Item Diperlukan: 1 roll pita pelekat & kain 

3. Circle Pass (Hula Hoop)
Ahli pasukan perlu memegang tangan antara satu sama lain & “pass” kan hula hoop ke orang terakhir tanpa melepaskan tangan

Item Diperlukan: Hula Hoop / Kain Sarung

4. Helium Roll (Tape Race)
Pita pelekat diletakkan di atas jari telunjuk ahli pasukan dan mereka perlu berjalan ke garisan penamat

Item Diperlukan: 1 roll pita coklat

5. Repeat Order Sis!! (Telefon Rosak)
Ahli pasukan perlu berbisik (sampaikan mesej kepada ahli pasukan lain) & orang yang terakhir perlu memberitahu apa mesej yang mereka terima

Item Diperlukan: Fun words example;
(I cannot see, I cannot pee, I cannot chew, I cannot screw, Oh my god what can I do)

6. Let Me Shower You (Water Balloon)
Semua ahli mesti berdiri dalam satu barisan & berikan belon air kepada rakan pasukan di belakang mereka

Item Diperlukan: Ballon berisi air 

7. Skipping Trick
Ahli pasukan lain perlu melompat dalam bulatan tali skipping seorang demi seorang

Item Diperlukan: Skipping


8. Watch Out! (Pijak belon)
Semua peserta harus meniup belon & ikat pada kaki mereka. Mereka perlu cuba untuk memecahkan belon peserta lain dan dalam masa yang sama perlu memastikan belon mereka selamat

Item Diperlukan: Ballon



Selain dari tu korang boleh jugak main musical chair, galah panjang, limbo games, makan epal dan lain-lain.

Selamat mecuba. bye :)

Saturday 12 November 2016

KITCHEN INSPIRATION

Hai my dear dairy.

Lately nie aini rajin google gambar-gambar & idea ruang dapur. 

Nak kata aini suka memasak tu tak la tapi kalau ade dapur sendiri yang cantik lagi rajin la kot nak ke dapur (serious meh!!) hahaha aini pun macam tak percaya weh.

Tips Hiasan Ruang Dapur:

1. Size Ruang Dapur
Korang kena la tengok jugak dapur korang tu besar ke kecik. 

2. Pemilihan Warna
Pilih warna cat yang cerah untuk dinding dan kelengkapan dapur. Sebab nyer warna cerah ni boleh buat dapur nampak luas.

3. Pemilihan Tema
Pilih tema yang sesuai untuk dapur. Kurangkan dekorasi untuk memastikan ruang dapur nampak lebih luas dan tidak sarat.

4. Size kelengkapan dapur
Pastikan saiz kelengkapan dapur macam microwave-oven, peti sejuk, meja dan sebagainya tak terlalu besar. supaya tak amek banyak ruang di dalam dapur korang.

5.  Kitchen Cabinet
Pastikan guna keseluruhan ruang dinding secara bijak untuk menjimatkan ruang.

6.  Tingkap Dapur
Kalau ade tingkap kat dapur, make sure korang pilih corak dan warna fabrik langsir yang sesuai supaya dapat lebih pencahayaan.

7..  Lampu
Pilih lampu pun penting jugak tau, jangan la korang pasang chandelier macam kat hotel kalau dapur size kecik

Agak-agak pening nak cari idea, korang pegi jer ikea showroom (yang nie favorite place aini). Bila pegi sini terus penoh idea kat kepala. hahahaha 


ok la aini malas nak story banyak nak day-dreaming jup. bye 

Sunday 30 October 2016

Resepi : Puding Jagung Kastard

Salam hujung minggu. Arini aini nak share resepi simple & sedap. One of my favourite kueh ;)

Bahan
1 cawan Jagung manis
1 cawan Tepung kastard
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula halus

Cara

1. Satukan ke semua bahan dalam periuk.
2. Kacau rata & pastikan Tepung tidak berketul.
3. Masak atas api yg sederhana sampai pekat.
4. Tuangkan dalam bekas loyang & sejuk kan.
5. Siap ^_^

~ selamat mencuba..bye..



Sunday 23 October 2016

Parenthood Journey : First Solid Food For Baby Anas

Assalamualaikum w.b.t dear diary. Alhamdulillah hari nie 23rd Oct 2016 Anas turns 5 months. Hero mama dah makin besar & next month Anas dah 6 months old dah boleh makan solid food.

So mama da dah kene start reading & learning nak introduce solid food yang mana untuk Anas.

Best first food untuk Anas is buah-buahan & sayur-sayuran. Tapi bukan semua jenis buah or sayur baby bole makan, kene mula dari jenis yang mudah hadam dulu.

Cara penyediaan pun senang jer; 


Buah : Buang kulit/ biji, bersihkan & blend dengan susu/ air masak


Sayur : Bersihkan, potong kecik2, rebus/ kukus, tapis & blend dengan susu/ air masak

Tapi sebelum prepare makanan untuk baby kene make sure all the needed tools & utensils ade kan. Takkan uolls nak guna same blender yg blend cili hari-hari tu untuk prepare makanan baby. 

So aini dah listed most important things yang kene ada:

1. Pisau sayur & buah
2. Periuk kecil untuk rebus
3. Food Steamer
4. Blender
5. Utensils (spoon, plate, bowl)
6. Tupperware  (simpan frozen)
Simple jer kan. Ok la nant bila anas dah start makan aini update menu & resepi nye pulak k. 

- Bye -