Monday, 17 October 2016

Info : Tukar Nama Geran Kereta (Pindah Milik)

Hai. lame kan aini tak update bz uolss sejak da kawen ada anak kecik nie.

Tapi aini nak share jugak kat online diary nie cara tukar nama geran kereta ataupun pindah milik. Biasanya nak tukar nama pindah milik nie bila kita beli kereta secondhand cash dari penjual.

Step 1: PUSPAKOM Inspection
Owner/Pembeli/Wakil kena pergi ke puspakom yang terdekat dulu untuk buat inspection. Nak senang call centre tu buat "booking" sebab kalau tak kene Q panjang.

Apa yang perlu bawak masa nak buat inspection nie ialah “Geran Kereta Original”. Photocopy tak boleh tau and of course kereta yang nak pindah milik tula. hehehehe

Mcm aini aritu pergi Puspakom Wangsa Maju. 2 hari sebelum tu dah booking & dapat booking no. Sampai kat situ korang kene pegi 1st section (Puspakom Wangsa Maju: Kaunter A/B) bagi booking no. & geran kereta pastu isi borang “PENGAKUAN PELEPASAN TANGGUNGAN”.
Lepas traffic warden puspakom cop & sign form tu, drive kereta korang ke 2nd section (Puspakom Wangsa Maju: Kaunter 3) kat sini korang bayar charge inspection RM30.00 + RM1.80 (gst) = RM31.80.

Next pergi 3rd section (Puspakom Wangsa Maju: Lorong Ringan). Sampai situ technician akan ambil alih kereta korang. Dia akan buat inspection & dah settle semua collect kereta korang kat ruang menunggu hujung lorong pastu parking jup.

Last pergi 4th section bilik menunggu tu amek result inspection & geran kereta korang tu.

~Est. time =1.5 - 2 hrs kalau kereta tak banyak.
~Valid       = 1 bulan

Step 2: Beli Insurans Owner Baru (Nama Pembeli)
Dah lulus puspakom, pergi beli insurans kereta nama owner baru. Nie senang sebab ada banyak agent insurans kat situ pilih je. Insurans baru yang kita beli tu akan kembali jadi 0% NCD tau. Mahal lah sikit insurans nya RM800++ (ikut jenis kereta).

Step 3: Pergi JPJ Thumbprint
Yang nie owner & pembeli dua-dua perlu pegi jpj. Bawa geran original, insurans baru, IC (owner & pembeli), isi borang tukar milik (JPJ K3) pastu owner & pembeli sign. Sampai kaunter JPJ owner & pembeli bagi IC buat thumbprint then bayar RM100 (tukar nama) + RM70 (Roadtax) = RM170. Settle dapat geran & roadtax baru.
Senang je kan sebenar nye aini pun bole buat takkan korang x bole. kalau susah sgt nk aini jd runner meh pm. tp aini charges runner fee la. hahahaha 

So untuk reference korang nie I bagi link;

So untuk budget (My Expenses);
1. Puspakom Inspection = RM  31.80 (Ikut Jenis Kenderaan)
2. Insurance Kereta      = RM 800.00 (Ikut Jenis Kenderaan)
3. Tukar Nama            = RM 100.00
4. Road Tax (1 Tahun)  = RM  70.00

No comments:

Post a Comment