Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Sunday, 21 April 2013

Terlanjur Cinta..

Kalau aku tahu sakitnya mencintaimu,
Pasti aku tidak akan pernah membuka hati ini untukmu,
Kalau aku tahu ini adalah tipu belaka, 
Pasti aku tidak akan biarkan diriku terpedaya.

***



Hujung minggu itu, Dhuha dan rakan baiknya Adda merangkap kawan sekelas serta teman sebilik keluar ke bandaraya Melaka. Niat mereka ingin membeli beberapa buku rujukan di kedai buku MPH Mahkota Parade bagi menyiapkan kertas kerja yang diberi oleh pensyarah. Seperti biasalah sudah menjadi hobi Nur Dhuha Iman, untuk mencari jika ada novel terbaru. Setelah mendapatkan novel yang diinginkan, Dhuha segera ke bahagian yang menempatkan buku Business Management. Entah di mana silapnya, terlepas buku di tangan Nur Dhuha apabila bahunya dilanggar oleh seseorang. "Sorry, I'am in hurry" kata seorang lelaki sambil tunduk mengutip buku yang bertaburan di lantai. "It's ok, my fault too" balas Dhuha kepada lelaki tersebut. Dalam keadaan kelam-kabut itu Adda menghampiri rakannya. "Dhuha kau ok tak? macam mana boleh langgar orang, tulah dah dapat novel, mata tak nampak kiri kanan dah" bebel Adda. "Eh Alif kan? biro kebajikan MASA" kata Adda tiba-tiba kepada lelaki yang melanggarku tadi. Lelaki itu tersenyum lantas berkata "Syuhada student BBA Marketing kelas 5A kan. Tak sangka jumpa kat sini. Maaflah saya tak sengaja terlanggar kawan awak tadi, saya pun nak cepat ni". Bela lelaki itu padaku apabila melihat aku hanya terkulat-kulat di situ ditegur Adda. Setelah mengutip buku yang bertaburan, Alif berlalu meninggalkan kami sambil sekali lagi meminta maaf kepadaku.

Tiba di hostel, Adda terus bertanya kepadaku perihal kejadian di kedai buku tadi. "Dhuha, macam mana kau boleh terlanggar Alif hah? Kau sengaja ye langgar dia". Adda memang begitu suka serkap jarang, tapi hatinya baik. "Kan aku dah bagitahu tadi tak sengaja. Lagipun aku bukan nya kenal dia". "Tipulah kau tak kenal, dia kan AJK persatuan kita, dia selalu ada setiap kali perjumpaan, takkan kau tak kenal" balas Adda yang seperti tidak percaya dengan jawapanku. "Ish kau ni, aku kalau pergi meeting persatuan, aku dengar agenda, bukan cuci mata macam kau". "Ye tak ye jugak, kau pun kalau datang meeting duduk belakang, lepas tu jadi orang pertama yang keluar dewan, bila pulak kau jumpa dia kan" kata Adda lebih kepada dirinya sendiri. Haikal Alif salah seorang ahli jawatan kuasa persatuan pelajar marketing atau lebih dikenali sebagai Marketing Student Association (MASA). Pelajar tahun akhir BBA Marketing yang sedang menyiapkan thesisnya.

***
Hari Isnin itu kelas pagi kami dibatalkan. Semua pelajar merungut kerana lewat diberitahu. Takkan nak balik hostel lepas tu datang semula, jadi aku dan Adda membuat keputusan untuk mengulang kaji di perpustakaan sahaja. Alif menghampiri meja kami dan terus duduk di sebelahku. Agak tersentak aku dibuatnya, sambil berbisik dia berkata "hai jumpa lagi. tak ada kelas ke pagi ni?". "Kelas cancelled, lecturer tak sihat" aku membalas pertanyaannya dengan suara yang berbisik juga. "ooo macam tu. dah sarapan? jom kita sarapan sama-sama di cafe" ajak Alif. Belum sempat aku berkata tidak, Adda dengan pantas menerima pelawaan Alif itu seraya bangun mengemas buku-bukunya. Pagi itu kami bersarapan bersama. Alif seorang yang agak peramah, mungkin sebab itu dia terplih sebagai AJK persatuan.

Beberapa hari berikutnya kami dimaklumkan oleh pensyarah, satu pertandingan pemasaran peringkat universiti negeri melaka akan dianjurkan bulan hadapan. Beberapa orang pelajar akan dipilih menyertai pertandingan tersebut berdasarkan prestasi mereka di dalam kelas. Dalam hati terdetik juga, alangkah seronoknya jika terpilih. Ketika melintasi pejabat pentadbiran, kelihatan beberapa orang pelajar megerumuni papan kenyataan untuk melihat senarai nama pelajar yang terpilih menyertai pertandingan. Seramai 10 orang semunya, Alhamdulillah aku terpilih sama. Tapi sedihnya hanya aku yang terpilih dari kelasku, yang lain semuanya dari kelas lain yang aku tak kenal.

***
Minggu itu pada hari sabtu diadakan perjumpaan untuk pelajar yang akan menyertai pertandingan tersebut. Kami dimaklumkan oleh pensyarah, di pertandingan ini kami mewakili syarikat IKS untuk membuat jualan. Kertas kerja dan strategi pemasaran harus dilakukan sendiri oleh pelajar. Setiap pelajar diwajibkan mengikuti semua aktiviti promosi yang dilakukan oleh pihak penganjur. Alif salah seorang dari peserta mengambil alih tugas pensyarah menerangkan serba sedikit tentang syarikat IKS yang kami wakili. Setiap peserta diminta untuk menyiapkan pelan pemasaran masing-masing, pelan tersebut akan dibentangkan pada perjumpaan seterusnya sekaligus dipilih sebagai strategi pemasaran kumpulan kami.

Setelah memilih strategi pemasaran dan berjumpa dengan pegusaha IKS yang diwakili, bermulalah pertandingan kami. Pada hari sabtu dan ahad ini semua peserta dikehendaki mengedarkan risalah pameran & jualan IKS kepada pengunjung di Bandaraya Melaka bagi menarik mereka hadir pada hari jualan. Alif memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Kami dibahagikan kepda kumpulan kecil di sekitar Dataran Pahlawan. Sebagai  salah seorang ahli kumpulan, Alif banyak membantu aku. Sejak itu kami mulai rapat antara satu sama lain.

***
Hampir 3 minggu berturut-turut melakukan promosi, hari jualan yang dinantikan telahpun tiba. Peserta dikehendaki datang seawal pagi untuk setup booth jualan. Pagi itu, Alif mengambilku di hostel dan kami bersama-sama ke MiTC untuk setup booth. Jam telahpun menujukkan pukul 10 pagi, kelihatan beberapa pengunjung telahpun memasuki dewan MiTC. Inilah kemuncak pertandingan kami. Jumlah jualan pada hari ini akan dinilai dipenghujungnya. Kami berkerjasama sebagai satu pasukan dengan baik. Akhirnya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua pertandingan tersebut. Syukur alhamdulillah. 

Malam itu setelah berkemas, Alif menghantarku pulang ke hostel. Dalam perjalanan dia memuji keramahanku menarik pengunjung datang ke booth kami. Katanya aku agak peramah, tapi bila berdua dengannya aku menjadi seorang yang pendiam. Sebelum turun dari keretanya Alif sempat berkata kepada ku "Harap ini bukan pertemuan terakhir kita. Saya nak keluar dengan awak lagi lepas ni boleh kan?". Aku hanya menggangguk tanpa membalas pertanyaannya. Setelah tamat pertandingan Alif masih setia menghubungiku, bertanya perihal pelajaran, kesihatanku, malah kadangkala menghantar makanan kepadaku di hostel, jika aku belajar hingga lewat malam. Hubungan kami semakin rapat, sehingga kami membuat keputusan untuk menjadi pasangan kekasih.

Hampir setiap malam kami berbual melalui telefon dan jika ada kesempatan kami akan berjumpa di kampus mahupun belajar bersama di perpustakaan. Sehinggalah di penghujung semester, aku semakin sibuk dengan peperiksaan, manakala Alif sibuk dengan thesisnya. Kadangkala hampir seminggu Alif senyap tanpa khabar berita. Panggilan dan sms yang aku kirimkan padanya pun tak berbalas. Bila ku tanyakan pada Adda, jawapannya "Biasalah orang dah final year, mesti dah pergi praktikal. Entah-entah dia dah ada awek baru sebab tu dia tak contact kau". Agak berbekas kata-kata Adda dihatiku. Benarkah Alif telahpun melupakan aku? Lupakah dia pada janjinya padaku? hatiku semakin walang. 

***
Pada tahun berikutnya aku pula membuat praktikal. Aku memilih untuk bekerja di Kuala Lumpur sebab mudah untuk berulang-alik dari rumah keluargaku. Pada hari pertamaku di tempat kerja, aku diperkenalkan dengan beberapa staff di situ. Kata Lynn staff HR Department, "this is your marketing manager room. He's not around this morning because he met a client. You might see him this afternoon". Aku hanya mengangguk dan berlalu ke meja kerjaku yang ditunjukkan sebentar tadi. Hari itu bermulalah latihan industri ku dan aku memohon agar segala urusan dipermudahkan-Nya.

Pulang dari makan tengah hari, kelihatan bilik pengurusku terang-benderang. Mungkin dia telah masuk ke pejabat. Ketika tiba di meja, intercom ku berbunyi "Ms Iman, can you come into my room now?". Dalam hatiku terdetik hanya keluargaku sahaja yang memanggilku Iman. Tiba dibiliknya dia aku mengetuk pintu, lantas disuruh masuk dan duduk. Kelihatan pengurusku sedang terbongkok-bongkok mengeluarkan file di rak belakangnya. Kemudian dia berpaling lantas berkata "this is the new project for our company. Would u mind to assist me and a few staff to stay back this week to prepare the proposal?". Aku tersentak, benarkah lelaki dihadapanku ini lelaki yang sama melafaz kata cinta kepadaku setahun yang dulu. Tidak kenalkah lagi dia kepadaku? Aku terus mengelamun mengimbau kenangan lalu. "Excuse me, Ms Iman are okey" katanya lagi. Aku lantas kembali ke alam nyata. Setelah "berkenalan" dengan pegurusku itu, aku kembali menyambung tugas. Mungkin benar kata Adda dulu, dia sudah punya kekasih dan dia sudahpun melupakan aku.

***
Minggu itu aku semakin sibuk menyiapkan proposal untuk projek baru. Hampir setiap hari aku pulang lewat ke rumah. Haikal Alif masih juga begitu, tidak menegurku semesra dulu. Terdapat jarak antara kami. Hubungan kami kini lebih kepada bos dan pekerja. Dalam hatiku berkata, 'tak apalah Nur Dhuha Iman, kau bukan lama di sini cuma 3 bulan je untuk praktikal'. Akhirnya proposal kami siap dan Alif menyuarakan agar aku mengikutnya membentangkan proposal tersebut kepada pihak pelanggan. Selesai meeting bersama pelanggan, Alif membawaku makan tengahari di luar.

Ketika di restaurant Alif meraih tangan ku "Iman, I miss you so much sayang. Everyday I pray to see you again". Aku hanya diam tidak terkata, dan Alif menyambung lagi "I miss you voice, I miss you talk to me, please say something sayang". Aku mengumpul kekuatan menarik tanganku darinya, lalu bersuara "En Alif kita di tempat awam, tak manis jika orang lihat. Lagipun encik bos saya". Dia bersuara lagi "Iman, pelase jangan buat saya macam ni, saya betul-betul rindukan awak. I'll beg you we being back together like old time before. I promise I won't let you go and I'll never hurt you again". Hampir menitis air mataku bila mendengar ungkapan rindu dari bibir Alif. "En Alif please don't make any promise if at the end you can't keep that promise", bergetar suaraku menahan perasaan yang diamuk badai ini. "Please send me back to the office, I have a lot of works to do". Mendengarkan aku yang semakin berkeras itu, Alif tidak mempunyai pilihan lain selain menghantarku pulang ke pejabat.
  
Tiba di pejabat kelihatan seorang wanita menunggu di bilik Alif. Aku menghampiri wanita tersebut lalu berkata "Sorry miss, Encik Alif having a meeting with client. He might not coming to the office today". Wanita itu memandangku dengan sebal "I'm Zara Qistina Datuk Razali. Can I know where my fiancee having a meeting?". Angkuh sekali wanita dihadapanku ini. Aku hanya menggeleng menandakan tidak tahu, malas melayan wanita yang sombong ini. Kemudian wanita tersebut berlalu meninggalkan bilik bosku sambil berkata "what a stupid staff don't know where he boss went". Farid yang melihat kejadian tadi memaklumkan yang, Zara Qistina adalah anak kepada Pengarah Urusan syarikat ini, sebab itu tingkahnya begitu. Zara memang pantang jika ada wanita lain rapat dengan Alif, memang taufan jadinya. Benarlah telahanku selama ini yang Alif sudah mempunyai kekasih, malah sudah bertunang pun. Kata-katanya padaku di restaurant tadi hanyalah dusta belaka. Kenapa dia harus buat aku begini? Apa salahku padanya?

***
Keesokkan harinya aku tidak ke tempat kerja. Pening kepala memikirkan perihal aku harus berdepan dengan Alif dan Zara. Panggilan dari pejabat pun tidak ku jawab. Tak sampai sebulan bekerja di syarikat ini, pelbagai dugaan yang datang. Patutkah aku mencari syarikat lain untuk meneruskan praktikalku?. Setelah berfikir baik buruknya, aku mengambil keputusan untuk menghantar notis 1 minggu dengan alasan sukar berulang-alik dari KL ke Melaka, dan alasanku diterima. Aku berhenti tanpa pengetahuan Alif yang sedang sibuk keluar daerah menguruskan projek baru. Setelah kembali ke Melaka aku meneruskan praktikal di syarikat bapa Adda. Hampir setiap masa Alif cuba menghubungiku, tapi ku biarkan sahaja. Untuk apa meneruskan hubungan kami yang tergantung dulu, jika penghujungnya nanti dia tetap bukan milikku.

Aku mendengar berita dari Farid, bahawa Alif & Zara akan berkahwin hujung bulan ini. Berita itu memang sudah terjangka. Melihat kepada perhubungan mereka pasti ianya akan diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Cuma aku masih tidak mengerti mengapa sehingga ke hari ini, Alif masih menghantar pesanan cinta dan rindu ke telefon bimbitku. Benar jauh di sudut hatiku masih ada ruang untuk Alif. Tapi siapalah aku untuk menolak kententuan takdir. Bercinta tidak semestinya memiliki, jika orang yang dicintai itu mendapat lebih baik dari kita, tak salah untuk lepaskan dia pergi. Untuk menerimanya kembali juga bukan mudah kerana luka dihati ibarat paku di dinding, bila dicabut dinding tidak akan sama seperti asalnya. Begitulah juga luka dihati walaupun telah dimaafkan.

p/s: new sad love story from me, enjoy ya~till then aini

**inspired by my ex-university mates. really miss u guys ^_^
kredit photo to my friends blog (BBAM Student, UiTM KBM)

6 comments:

  1. Replies
    1. nana, dat guy doesn't explain anything y he left his gurl.. huhuhu

      Delete
  2. sedihnye...hu TT TT apepun...much much better than last one
    my opinion:starting ngan ending for me agak longgar tapi isi die sangat padat and jalan cerite die pun menarik..honestly mmg tertarikla cara aini susun plot cerita,susun atur ayat and bahasa yg digunakan..hehe^^ sajak pendek kt starting tu is a very very good idea for me~^^ it sets the mood for the reader...i honestly prefer this one than the last one~^^ good job Aini!!!^^d keep it up!!!!!^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. crystal_violet, sedih sgt ke?? ni bkn true story taw.. certain part is adaptation frm my experience msa study kt u dlu..

      Delete
  3. "I miss you so much sayang. Everyday I pray to see you again" - Satu Ketika Dahulu Ayat ini Selalu Bermain Dibibir (^_*) Yes !! Sangat Mujarab but as a BFF till Now (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. si kacak kotak hijau, pnjg nye nma awk.. btl klau pn ada peluang tuk jmpa blk, ttp xkan sma mcm dlu..

      Delete