Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Saturday 31 December 2016

makeup bouquet

Hi

Korang kaki makeup tak?



If yes korang mesti suka masuk kedai makeup kan. Pastu mesti suka ada makeup kit, brush set atau pun makeup palette.

Aini bukan la orang yang pandai makeup, dalam bag pun ada compact power ngan lipstick jer.

Tapi aini suka tengok koleksi makeup. Teringat mase kawen dulu beg makeup mak andam da mcm luggage. Macam-macam ada.

Baru-baru nie viral makeup bouquet dari J-Party Havoc. Aini rase mana-mana perempuan pun akan senyum sampai ke telinga kalau dapat makeup bouquet tu kan.






Cantik kan. Agak-agak adr org nak bagi aini tak? hmmm... beli sendiri jela kot.. huhuhu..

Ok la just nak bagitau tu jer. 


Bye.

Thursday 22 December 2016

OMG. Lepas beranak mama put on weight !!!!

Ok. Ni major problem aini sekarang. 

Mane tak nye lepas sebulan bersalin ok badan nampak ke arah tanda-tanda kembali ke bentuk asal. Kembang berseri muka I time tu.

Tapi... Guess what???

Lepas 6 bulan, anas pun da kurang breastfeeding, mama enjoy makan tu ini segala mak nenek carbo semua masuk dalam badan.

Omg.. omg.. please help me...

Ok maybe aini patut mula balik healthy lifestyle before I get pregnant. Huhuhu. Let me re-call back.

Background:
·       Aini ni working women 6 days a week (7am-7pm)
·       Truly malay (tak boleh tak makan nasi langsung)
·       Tak da masa nak exercise keje subuh ke malam (Sabtu Ahad je ada cuti)

What I do:

Daily
Breakfast   : Kuih/ Bihun Goreng/ Sandwich/ Roti bakar + Air Kosong
Lunch        : Bihun Sup/ Tomyam/ Laksa/ Nasi ¼, Sayur, ikan@ayam baka + Air Kosong
Dinner       : Roti/ Biskut/ Buah + Detox Tea

(aini amalkan quote: “Breakfast like a king, lunch like a prince & dinner like a beggar”)

Weekend 
Breakfast/ Lunch/ Dinner (menu sama macam hari biasa, cuma nafsu makan I kadang terlepas jgk)
+ Jogging on Saturday or Sunday (yang nie memang tak tipu ok, perlu buat walaupun 1 minggu 1-2 kali)

Pantang Larang:
1.   Air manis/ air gas/ minuman berais (nak kurus kene minum air kosong minimum 2L daily)
2.   Fast food (McD, KFC, Pizza etc)
3.   Makanan berminyak

Tapi kan aini ni manusia biasa, sesekali langgar jugak pantang tu ;P

Cuma kita kena pandai balance la. Agak-agak terlebih calories, workout lebih ckit 

Insya-Allah memang berhasil. Aini pernah try dulu.

Dalam masa 1-3 bulan memang bole dapat balik ideal weight aini dulu (48-50kg) untuk aini yang tak berapa nak tinggi ni (153cm)

Wish me luck ok.


xoxo,
Aini

Monday 19 December 2016

Parenthood Journey : Baby Food, Puree Recipe

Hye dear diary. Since anas da masuk 6 bulan, aini banyak kumpul menu homemade baby puree untuk anas. Of course mama kene follow 4-days rules untuk monitor if anas ada allergic sayur-sayur atau buah-buahan nie.

Sebenarnya banyak jenis sayur-sayuran yang baby bole makan macam brokoli, lobak merah, lobak putih, ubi kentang, ubi keledek, labu, kacang peas & bayam.

These are the few recipe yang aini da try kat anas;

1. Puree Brokoli

Bahan-Bahan:
1 cawan bunga brokoli (ambil bunga je ye)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Basuh brokoli dengan air & sedikit garam. Kemudian toskan
2.   Kukus brokoli selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan brokoli dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.

** Brokoli adalah sayur yang sangat berhasiat, sangat bagus untuk otak mahupun tulang kerana ia mengandungi kalsium yang sangat tinggi.


2. Puree Carrot (Lobak Merah)

Bahan-Bahan:
1 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Kupas lobak & potong kecil. Basuh bersih, kemudian toskan
2.   Kukus lobak selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan lobak dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.

** Lobak mempunyai beta-karotena, yang bertukar menjadi vitamin A di dalam badan. Vitamin A bagus untuk mata.


3. Puree Potato (Kentang)

Bahan-Bahan:
2 biji kentang (size sederhana)
Air yang secukupnya untuk mengukus @ merebus

Cara penyediaan
1.   Kupas kentang & potong kecil agar mudah empuk.
2.   Kukus kentang selama 20-30 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek kentang dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** Kentang mengandungi kabohidrat & fiber. Ia boleh memberi tenaga sepanjang hari serta membuat rasa kenyang & membantu melawan sembelit.


4. Puree Sweet Potato (Keledek)

Bahan-Bahan:
2 biji keledek (size sederhana)
Air yang secukupnya untuk mengukus @ merebus

Cara penyediaan: 
1.   Kupas keledek & potong kecil agar mudah empuk.
2.   Kukus keledek selama 20-30 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek ubi keledek dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** keledek adalah kaya  Vitamin A & beta karotena. ubi keledek juga mengandungi Vitamin E, kalsium dan folat.


5. Puree Spinach (Bayam Hijau)

Bahan-Bahan:
1 cawan daun bayam (ambil daun je, batang buang)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1.   Basuh bayam dengan air & sedikit garam. Kemudian toskan
2.   Kukus bayam selama 15 minit atau sehingga lembut.
3.   Masukkan bayam dikukus tadi dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya.


** Bayam adalah sumber Kalsium. Ia juga mengandungi Vitamin A, Zat Besi dan Selenium. Tapi untuk bayi 6-8bulan, pemberian bayam perlu di kurangkan.

Untuk buah-buahan pulak bole bagi baby try pisang, epal hijau, avocado, pear, betik, kiwi, mangga & peach.

1. Puree Banana

Bahan-Bahan:
2 biji pisang emas (pisang yang kecik tu)

Cara penyediaan
1.   Lenyek dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

** Pisang bagus untuk sisem penghadaman baby :) 


2. Puree Apple (Fuji Apple Merah)
**Boleh menggantikan epal kepada tembikai susu atau buah pear.

Bahan-bahan:
1 biji epal merah,
1 cawan air

Cara memasak:
1.   Epal dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
2.   Kukus epal selama 3-5 minit atau sehingga empuk.
3.   Kisar @ lenyek epal dan di tambah air @ susu ibu sekiranya perlu.

Note: 
1. Untuk working mama macam aini, biasa nya aini akan prepare stock makanan anas, simpan dalam tupperware & masuk freezer. 

2. Biasanya akan tahan 3-6 bulan macam stock EBM yang kita simpan tu.

3. Aini akan keluarkan setiap malam dari freezer letak bahagian bawah fridge, pagi tu aini akan kluarkan.

4. Bila time anas nak makan, mak aini akan panaskan (rendam tupperware dlm air panas)