Holla reader's. Arini aini nak share
last weekend activities aini dengan bebudak ofis ni. Kiteorang pegi river
tracking & mandi air terjun di Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru Selangor.
Sg. Chiling ni terletak di kaki Bukit
Fraser Kuala Kubu Baru. 1 jam 1/2 perjalanan dari KL. Direction untuk sampai
sini kalau dari KL ikut jalan Rawang menghala ke Kuala Kubu Baru. Sampai di
daerah Rasa, masuk simpang kanan (Jalan Ampang Pecah) & terus ke menghala
ke Jalan Bukit Kerajaan (Jalan 55). Di traffic light masuk simpang ke kanan
& terus meghala ke Sg. Chiling. Landmark popular nak sampai sini adalah
melalui Empangan Selangor "Selangor Dam".
Selepas melepasi jambatan sungai
chiling, korang akan nampak pintu gerbang ke santuari ikan sungai chiling di sebelah
kanan. Korang boleh parking di tepi2 jalan kat situ sebab parking tidak
disediakan.
Nak masuk dalam korang perlu berjalan
sikit lebih kurang 100 mtr sebelum sampai ke pondok pendaftaran. Laluan nya
sedikit berbukit & dikelilingi pokok2 hutan.
Bayaran masuk cuma RM1/seorang.
Deposit untuk bekas makanan + minuman RM2/satu. Tempat ni di buka dari jam 8pg
- 6ptg setiap hari jumaat, sabtu & ahad. Kat sini ada surau, toilet, tapak
perkhemahan & gazebo untuk kemudahan pengunjung.
Laluan Santuari Ikan Sg. Chiling
tidaklah terlalu sukar. Terdapat beberapa tanda arah diletakkan di sepanjang laluan. Korang perlu
meredah hutan dan laluannya agak berlumpur (ada pacat taw). Serta merentasi
beberapa batang pokok tumbang. Uolls bayangkan kiteorg masuk hutan pakai slipar
jepun je kot. Mujur tak kene gigit pacat. Fuhh.
Perjalanan ke air terjun mengambil
masa 40min - 1jam (bergantung pada stamina jugak). Korang perlu merentasi 5
anak sungai sebelum sampai ke air terjun.
Kedalaman paras air juga tak lebih
dari paras peha untuk yang ketinggian nye ala2 aini la. hehehe.. Cuma korang
perlu berhati2 dengan batu sungai yang licin. Yang best nye kat sini, korang boleh
tengok ikan kelah berenang-renang kat kaki (geli kot.. hikhik). Banyak sangat
ikan ni di sepanjang sungai, siap mandi sama2 dengan korang lagi taw.
Bila dah melepasi lintasan 6, makna
nye korang dah almost sampai air terjun. Excited giler jemah2 ni bila nampak
signboard lintasan 6.
Bunyi curahan air terjun dengan
ketinggian kira-kira 70 mtr dengan tadahan kolam bersaiz sederhana luas memang
membuatkan kiteorang tak sabar nak terjun. Subhanallah cantik sangat2. Bila
masuk dalam air, perghhh mengigil wei. Sejuk giler kot..
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti
lasak, meredah hutan, serta air terjun aini suggest korang datang kat sini.
Seriously memang best. Nak cuci mate pun seronok je (macam2 ado) hehehe.
Info & Tips:
1. Pejabat santuari tidak menggalakkan
pengunjung masuk jika hujan lebat kerana arus sungai yang agak deras. Jadi make
sure korang datang bukan musim hujan.
2. Jika datang selepas jam 4, korang
juga tidak dibenarkan masuk. Seperti yang aini katakan di awal tadi, 1jam
diperlukan untuk naik & 1jam diperlukan untuk turun semula. Datang awal ok.
3. Pakaian korang mestilah sesuai sebab
ni kawasan hutan. Laluan berpasir, tanah, berlumpur, berbatu, berbukit, pokok2
serta ranting2 kayu di sepanjang jalan.
4. Kasut mestilah selesa
(eg: hikers sandals with closed toe). Ni untuk protect kaki korang dengan
keadaan trail yang tak rata & berbatu serta air sungai. Tp aini pakai slipar
je.
5. Pakaian salin TAK PERLU bawa sampai
air terjun. Otw balik korang akan basah jugak. Lagipun tak ada toilet kat atas
tu.
6. Bekal makanan TAK PERLU periuk
belanga bagai ok. Susah korang nak bawak nanti. Bawa air, sandwich atau pe
je yang simple & mudah dibawa.
7. Beg pulak make sure waterproof &
easy to carry. Sebab korang akan redah sungai & pokok2 tumbang.
Till then.. with love ~ aini
penjelasanyang padat serta huraian bergambar yang mantap lagi tepat..haha
ReplyDeleteplease arrange next trip (*_^)
kesimpulannya :
sorg tukang tulis cerita -aini
sorg tukang ambik gambar - ejan
sorg tukang tunjuk jalan - ratna
sorg tukang jd model - shima
**we hve good + complete team guys = God Job **
hahahaha... u r totally right si kotak hijau.. suggest me next trip ok & I will come out with a proposal :)
Delete