Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Friday 29 November 2013

Movie Review : The Stolen Years





Hye korang.. Dah lama aini x update apa2 dalam blog ni kan.. Ari ini aini nak share pasal filem yang tengah ditayangkan kt cinema. Sebenarnya ni filem kantonis pertama yang aini pernah tengok kat cinema.. Boleh korang bayangkan, aini dgn dua orang kawan je (melayu jugak) dalam hall tu, yang lain semua cina .. Tetapi tu xda hal sebab citer ni ada english subtitle..

Apa yang menarik nye pasal filem ni?
Orang selalu fikir "berapa lama seseorang tu boleh suka pada seseorang?", semua orang nak cinta yang dimiliki bertahan selama-lamanya. Tetapi realitinya takdir adalah penentu segalanya.. So kita kene percaya pada qada’ & qadar..

Citer ni bermula bila He Mann (Bai Baihe) terjaga di sebuah hospital dan mendapati dirinya tidak ingat apa yang telah berlaku sejak bulan madu beliau dengan suaminya Xie Yu (Joseph Chang). Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia mengalami kemalangan motosikal dengan suaminya pada bulan madu mereka - tetapi itu lima tahun yang lalu.

He Mann diberitahu oleh kakaknya bahawa dia dan suaminya telah bercerai. Bagi mengesahkan kebenaran perkara tersebut, He Mann pergi ke rumah bekas suaminya. Xie Yu mengesahkan yang mereka memang telah bercerai dan dia kini mempunyai teman wanita baru. He Mann tidak dapat mengawal emosi beliau apabila mengetahui perkara tersebut. Xie Yu membenarkan He Mann tinggal di rumahnya dalam usaha untuk membantu beliau memulihkan ingatannya.

He Mann masih mencintai Xie Yu dan selepas sedar dari koma, semua tabiat buruk He Mann hilang. Dia cuba untuk memenangi semula hati Xie Yu. Malah di pejabat juga, He Mann tidak lagi mudah memarahi pekerja bawahan.

Sementara tu, He Mann ​​dapat tau daripada kawan baik beliau bahawa 3 tahun pertama perkahwinannya dengan Xie Yu mereka adalah pasangan ideal, tetapi tekanan kerja dan masalah-masalah lain kemudiannya membawa kepada mereka berpisah. He Mann juga telah memutuskan persahabatan dengan kawan baiknya itu akibat salah faham. Rakan Xie Yu, juga ada mencadangkan beliau mengubah He Mann daripada seorang yang mementingkan diri menjadi wanita idaman lelaki.

Dalam usaha Xie Yu membantu He Mann memulihkan ingatannya, mereka telah jatuh cinta semula. Tetapi dugaan datang lagi dan He Mann disahkan mengalami Alzheimers. Doktor memberitahu bahawa beliau boleh menjalani pembedahan. Tetapi risikonya tinggi dan peluang untuk pulih hanya 20% ataupun lumpuh.

He Mann memilih untuk menjalani pembedahan, tapi pembedahan tu tak menyembuhkan Alzheimers beliau, keadaan He Man semakin teruk. Dia terpaksa bergantung pada mesin untuk meneruskan hidup. Tak mahu menjadi beban, dia meminta bekas suaminya untuk melakukan sesuatu untuknya.

And guess what???? Ye He Mann mati.. (sad ending story kan)

Dalam filem ni macam2 perasaan dan situasi korang boleh rase.. romantic, funny, sad it’s all in 1.. Siap ada yang nangis lagi tengok citer ni.. Kalu korang smua nak taw g tengok sendiri k..












  


Bye...

2 comments:

  1. erm np mati...sedih r cmtu...xbst la sad ending cmni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu nuyu.. tu la real life.. tak semestinya sentiasa happy.. tp tulah yg menjadikan menariknya kehidupan kita ni..

      Delete