Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Sunday, 17 February 2013

Indahnya Islam Itu (Saat Adam & Hawa Tercipta)

Adam a.s, manusia pertama yang diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan.. dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk.. setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh kedalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna..


Firman Allah s.w.t dalam Surah Shad: 71-74

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"


Maka diberi tempat oleh Allah s.w.t di syurga.. Kemudian diciptakan isteri untuknya sebagai teman..

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Rum: 21

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"

Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah s.w.t. Adam & Hawa sebagai pasangan, lahirnya perasaan cinta, kasih dan sayang.. Saling melengkapi antara satu sama lain..

Wallahuallam ~aini


No comments:

Post a Comment