Floating Vertical Bar With Share Buttons widget

Saturday 16 September 2017

Resepi : Hainanese Chicken Rice & Pak Choi with Oyster Sauce


BAHAN BAHAN
1 ekor ayam (basuh dengan garam)
2'' halia (hiris)
1 kiub ayam
1 sudu kecil minyak bijan

UNTUK NASI
2 cawan beras (basuh & toskan)
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar chicken fat
3 ulas bawang putih (cincang)
1'' halia (cincang)
1 kiub ayam
2 sudu butter
Daun pandan

UNTUK SOS CILI
4 biji cili merah
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1'' halia
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
sedikit garam

UNTUK SOS AYAM
5 sudu besar kicap cair
3 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
1 1/2 sudu besar gula

UNTUK SAYUR PAK CHOI
Sayur Pak Choi (basuh)
3 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan


CARA CARA:

UNTUK AYAM
1. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam.
2. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak.
3. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit
4. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak
5. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya
6. Keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak bijan
7. Potong ayam untuk dihidangkan.

UNTUK NASI
1. Panaskan 2 sudu besar butter
2. Tumiskan lemak ayam, bawang putih & halia sehingga wangi.
3. Masukkan beras, minyak bijan & kiub ayam.
4. Masukkan air rebusan ayam & daun pandan, masak nasi macam biasa

UNTUK SAYUR PAK CHOI
1. Celur sayur pak choi dalam air rebusan ayam
2. Angkat & toskan
3. Gaul bersama sos tiram & minyak bijan

UNTUK SOS CILI
Kisar semua bahan sehingga halus

UNTUK SOS AYAM
Satukan semua bahan gaul sebati

UNTUK SUP
Panaskan sup dan masukkan daun sup daun bawang sebagai hiasan

No comments:

Post a Comment